MULAKAN DENGAN

Kamus Percuma

kata atau frase:

kamus online: terjemah dari bahasa indonesia ke bahasa inggris atau sebaliknya, dan juga dari bahasa inggris ke bahasa inggris on-line.

Friday, November 6, 2009

Kuiz Bola

ImageImage
Kepada pengunjung sekalian:

Blog ini menawarkan hadiah saguhati kepada pengunjung yang dapat meneka pasukan yang manakah menjuarai Piala Malaysia 2009 dengan keputusannya sekali. sesiapa yang dapat meneka dengan tepat akan diberi hadiah saguhati.

Cara penyertaan:( lihat Hubungi Saya )

Sila isi nama di atas dan email anda.
Sila isi tekaan anda di dalam petak di bawah email anda itu.
Kemudian klik submit form.

Pemenang
:

Pemenang akan dihubungi melalui email anda.
Pemenang hanya 3 orang sahaja.
Pemenang dipilih berdasarkan tekaan yang betul.
Jika lebih dari 3 orang yang berjaya meneka dengan tepat.. pemenang akan dipih berdasarkan siapa yang cepat yang menghantar jawapan.
Keputusan pemenang akan diketahui hari Ahad.

Sunday, November 1, 2009

Tahniah Pasukan Kelantan dan N9

Ditulis oleh Berita Harian
SUNDAY, 01 NOVEMBER 2009 08:38
PEMAIN Kelantan meraikan kejayaan ke final Piala Malaysia menerusi agregat 5-1 selepas menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Utama Kangar, malam tadi.

Hatrik Nor Farhan pastikan Red Warriors mara selepas 39 tahun kempunan

HATRIK daripada Nor Farhan Mohamad menjulang Kelantan layak ke final Piala Malaysia pertama mereka dalam tempoh 39 tahun selepas gah menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Utama Kangar, malam tadi.

Baca lagi...



Wednesday, October 28, 2009

Budak 5 Tahun



Budak berusia 5 tahun boleh melakukan aktiviti yang begitu hebat. Semuanya atas usahanya dan latihan berterusan. Pelajar-pelajar sekalian akan berjaya jika usaha yang kita lakukan bersungguh-sungguh.

Saturday, October 24, 2009

Cerita Lawak

Uban

Pada suatu hari sedang emak Nurul Janah sedang memasak ,Nurul Janah ternampak ada uban di kepala emaknya lalu dia pun bertanya"emak kenapa rambut emak bewarna putih?"tanya Nurul Janah

Dengan rasa malas ibunya pun menjawab "Setiap kali anak emak membuat emak menangis , sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih"jawab emaknya

Kemudian Nurul Janah pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya bewarna putih? emak selalu membuat nenek menangis kah?"

Cermin Mata

dalam perjalanan ke daerah tutong , hisham dan isterinya, salma singgah di restoran Aneka Citarasa.selepas menyambung perjalanan baru salma sedar, dia tertinggal cermin mata di meja restoran.

"Bang... cermin mata saya tertinggal atas meja tempat kita makan tadi", beritahu Salma.

"Isssyyy awak ni, benda macam tu pun tak boleh ingat.mana ada tempat nak patah balik kat highway ni" kata Hisham.

"Ala, mahal tau cermin mata satu tu", kata Salma.

"Yalah, yalah, kita pusing balik lah ni", balas Hisham

Setiba kembali di perkarangan restoran Aneka Citarasa ,Salma segera membuka pintu kereta .

"Mah, jangan lupa ambilkan abang punya cermin mata sekali ya", Jerit hisham

Tidak akan di hukum

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

I'm sorry

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Kejadian Seram di Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka... Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9..00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya. ..

Nenek Ani

Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani..

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"

Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Suami Terbaik


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Dengan Penuh Senyuman

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan. .

"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."

Tuesday, September 15, 2009

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan �Nuzul� bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

�Al-Quran� bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata �al-Quran mukjizat akhir zaman� atau �al-Quran yang mempunyai mukjizat�. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An�am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-�Alaq. maksudnya:

�Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.� (al-�alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah �iqra� iaitu �baca� dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu �ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah �iqra�� iaitu �baca� di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.� Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: �ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa�.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai �kitab induk� panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan �membaca� al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Monday, August 24, 2009

Kerana Sebiji Kurma

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniatziarah ke mesjidil Aqsa.Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma daripedagang tua di dekat mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihatsebutir kurma tergeletak didekat timbangan.Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahimmemungut dan memakannya.Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulankemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah padasebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengarpercakapan dua Malaikat tentang dirinya."Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warayang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"kata malaikat yang satu."Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulanyg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh darimeja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawabmalaikat yang satu lagi.Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkinamalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWTgara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya."Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemuipedagang tua penjual kurma.Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telahditelannya.Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjualkurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagangtua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu sayamembeli kurma disini dari seorang pedagang tua.kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim."Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskanpekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu."Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepadasiapa saya meminta penghalalan ?".Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anakmuda itu mendengarkan penuh minat."Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkaumenghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur kumakan tanpa izinnya?"."Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapientah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena merekamempunyai hak waris sama dengan saya.""Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui merekasatu persatu."Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah merekayang termakan oleh ibrahim.4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawahkubah Sakhra.Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengarlagi bercakap cakap."Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara garamakan sebutir kurma milik orang lain.""O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telahmendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoransebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.Sekarang ia sudah bebas.""Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangiforward-lah e-mail ini.Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuhkita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bilaragu-ragu..."Pada hadits yang lain beliau bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).-BerPesaN-pesaN SesaMa InSaN-

Monday, August 17, 2009

Sunday, August 16, 2009

Penawar H1N1

Aku ambil dari Blog Trengganu kita

Mungkinkah "Jintan Manis" Penawar Bagi H1N1?

Posted on Saturday, August 15 @ 19:00:34 PDT by TokPenghulu
Berita Oleh: akueden

"Pada masa ini negara kita sedang dilanda wabak penyakit selsema babi (swine flu) atau H1N1. Mengikut Malaysiakini pada 15 Ogos 2009 kematian akibat gejala ini telah meningkat ke 50 orang. Yang mati terdiri dari bayi hingga ke warga dewasa yang muda dan yang telah lanjut usia.

Kemungkinan angka kematian ini meningkat lagi sememangnya ada kerana wabak ini mudah merebak dan tiada suatu vaksin bagi pencegahan ujud atau telah ditemui sehingga kini. Ada pembaca mengesyorkan diistiharkan keadaan darurat di negara kita. Tetapi sebelum itu eloklah kita fikirkan dan baca apa ubat atau pencegahan yang telah diselidiki oleh negara selain barat. Di link berikut saya cedok berita dalam BI yang menyatakan sebuah majalah penyelidikan Cina telah menemui makanan yang dapat mencegah H1NI @

http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

Mengikut berita tersebut meminum airsuam yang telah direndam beberapa biji jintan manis (fennel seeds) perkara pertama setiap pagi boleh menghindar seseorang dari dijangkiti penyakit ini.

Jika berita ini betul maka mudahlah H1N1 ini dicegah dan dirawat. Mengikut ugama Islam "setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut dan tuhan tidak turunkan penyakit melainkan dengan ubatnya sekali." Ubat itu tidak semestinya mahal atau sukar diperolehi dan banyak boleh diperolehi dari tumbuhan2 yang telah Allah s.w.t. sediakan.

Untuk pengetahuan pembaca artikel mengenai "fennel seed" boleh dibaca di wikipedia @

http://en.wikipedia.org/wiki/Fennel

dan jintan manis @

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.trymasak.my/glossaryImage/jintan-manis.jpg&imgrefurl=http://www.trymasak.my/view-glossary.php%3FGID%3DTM-f9a2805e470fbc172c3c4488a0760fc5&h=299&w=400&sz=49&tbnid=nasvazPWrSMtNM:&tbnh=93&tbnw=124&prev=/images%3Fq%3DJintan%2Bmanis&usg=__hWolqRefBuhSVzm8HiXodSiCzUE=&ei=7QOHSva9CpT2sgPT-62jBw&sa=X&oi=image_result&resnum=4&ct=image

Diharap sesiapa yang mengidap penyakit ini mencuba kaedah rawatan atau perubatan ini dan dapat melapurkan balik keberkesanannya. Di samping itu jangan lupa mengamalkan doa pencegahan wabak seperti @

http://www.muftins.gov.my/files/doa.jpg

Ini pula dari E mail Kawan:

Salam..... sy baru balik dari thailand. sy ke pulau temelang dan ban tun. apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan2nya adalah

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

tq
ini juga email dari kawan:

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis herba (dari dulu saya terima apa yang datang dari tumbuhan termasuk sayur dan buah2an sebagai herba) yang dipercayai boleh digunakan untuk meredakan selsema termasuk H1N1.

Saya jelaskan mana yang sempat dalam buku saya nanti, H1N1. Paling baik apabila sembuh (masa kena memang tak lalu makan/minum) , betulkan pemakanan: kurangkan makanan bergula termasuk air tin dan lain2, makanan junk, makanan bergoreng, kawal stress (fisikal/emosi) , kurang/tidakmerokok , belajar makan sayur2an dan buah2an (ramai yang tak makan dan memilih) dll. Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada peningkatan risiko jangkitan selsema termasuk H1N1, dan saya tulis dalam buku saya.

Sekali imbas, pada pandangan saya, H1N1 tidak seperti virus HIV yang mana protease inhibitors dan ubatan combo tidak berkesan. H1N1 mempunyai sifat hidupnya menyerupai virus2 selsema lain termasuk selsema bermusim.

Sentiasa bawa cengkih dan kulit kayu manis ke mana-mana. Jika anda mula bersin, mamah 5 kuntum cengkih dan 1/2 inci kayu manis, 2-3 X sehari.

Ramuan berikut bantu redakan demam selsema dan kemungkinan H1N1 juga dengan tanda-tanda batuk, selsema, keradangan (sakit kepala, sakit badan) :

1/2 inci kayu manis
5 cengkih
1/4 - 1/2 jari halia hidup
1/4 - 1/2 jari kunyit hidup
5 biji lada hitam

Pelik? : )

Tumbuk hingga lumat. Tambah 1 cawan air panas dan minum, 2-3 X sehari. Dapatkan pengesahan doktor dulu mengenai H1N1 positif atau tidak. Shikimic acid yang digunakan untuk pembuatan Tamiflu ialah sejenis bahan kimia terdapat dalam BUNGA LAWANG.

Mengapa saya tak syorkan bunga lawang? Sebab, bahan-bahan kimia dengan tindakan antiflu dan tindakan terapeutik lain yang terdapat dalam Bunga Lawang yang diperlukan tidak banyak dan tidak sehandal seperti yang terdapat dalam herba2 kombo yang saya sebutkan di atas.


Berikut pula ialah sifat2 terapeutik epal dan oren bersama bahan-bahan kimia yang berkaitan terkandung dalam setiap jenis buah tersebut yang dipercayai dapat membantu seseorang yang mengalami selsema babi. Seorang pelajar yang telah disahkan oleh pihak hospital menghidap selsema telah mengambil 6 biji epal hijau sehari (sebiji pada setiap 1-1 1/2 jam) bersama jus oren segar tanpa gula (berjumlah 3 gelas sehari, pengambilan dijarakkan). Simtom-simtom selsema babi yang beliau hidapi semakin berkurangan secara ketara selepas 2-3 hari mengamalkannya.


Ulasan saya terhadap email abang pelajar tersebut:


Assalaamu3alaikum.

Saya ialah seorang herbalis, telah menyemak herba2 yang diambil oleh adik tersebut dalam membantu meredakan diri beliau dari H1N1. Simtom-simtom flu babi adalah pelbagai. Berikut ialah sifat-sifat teraputik dalam epal dan oren yang dipercayai berupaya membantu meredakan (menyembuhkan, mempecepat proses penyembuhan samada sedang mengambil tamiflu atau tanpa mengambil ubatan tersebut) seseorang dari H1N1. Setiap sifat teraputik dan bahan-bahan fitokimia yang berkaitan yang disebutkan memang telah terbukti secara saintifik.

Epal:

Immunostimulant: alpha-linolenic acid, ursolic acid, quercetin, caffeic acid, rutin, chlorogenic acid, ferulic acid, protocatechuic acid

Anti-inflammatory: alpha-linolenic acid, rutin, quercetin, caffeic acid, ferulic acid, hyperoside, isoquercitrin, protocatechuic acid,

Lympocytogenic: alpha-linolenic acid

Antiviral: lutein, silver, chlorogenic acid, ferulic acid, protocatechuic acid, quercetin, quercitrin

Antioxidant: rutin, quercetin, caffeic acid, chlorogenic acid, ferulic acid, hyperoside, isoquecitrin, protocatechuic acid, sinapic acid, lutein

Antiflu: caffeic acid, hyperoside, quercetin, quercitrin, rutin

Antitussive: protocatechuic acid

Antispasmodic: caffeic acid, ferulic acid, protocatechuic acid, quercitrin, rutin

Oren

Immunostimulant: alpha-linolenic acid, caffeic acid, ferulic acid, rutin,

Anti-inflammatory; alpha-linolenic acid, alpha-terpineol, caffeic acid, diosmin, ferulic acid, gamma-terpene, hesperidin, limonene, naringenin, rutin

Antiviral: caffeic acid, ferulic acid, hesperidin, limonene, lutein, scuttelarein

Antioxidant: alpha-carotene, caffeic acid, diosmin, ferulic acid, hesperidin, lutein, malic acid (synergist), naringenin, naringin, neohesperidin, p-coumaric acid, rutin, scuttelarein, sinapic acid, tangeritin, terpen-4-ol,

Antiflu: caffeic acid, limonene, p-cymene

Antitussive; terpen-4-ol

Antispasmodic; caffeic acid, ethyl acetate, ferulic acid, myrcene, neral, p-coumaric acid, rutin

Expectorant (bantu kahak mudah mengalir): betaine, limonene

Bronchorelaxant: hordenine

Untuk epal dan oren, terdapat fitokimia yang bersifat antibakteria juga. Di dalamnya terdapat juga kandungan ascorbic asid yang mempunyai pelbagai sifat terapeutik.

Jadi, epal dan oren tidak seperti air kosong yang dijampi. Allah jadikan kedua-duanya penuh dengan pelbagai sifat terapeutik.

Sekali imbas saya lihat gabungan epal hijau dan oren sebagai salah satu pilihan untuk meredakan (menyembuhkan) H1N1. Pada saya, makan epal hijau dengan kulitnya dan blenderize kulit oren sekali kerana ia kaya dengan bioflavoids yang akan meningkatkan sinergi kepada sifat-sifat terapeutik yang sedia ada.

Wednesday, August 5, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru
muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai
rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap
tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,
lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana
tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan
masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat
kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.. Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau
terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit
perut
ceria tak ?


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya
waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem
reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar
akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar
ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan
lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ
reproduktif kita.



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini
kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar
rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi
jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini
amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang
dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan)
berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu
Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf
dan tulang.



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman
dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan
otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,
inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur
delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini
dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta
seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t
tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan
solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah
amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga
solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Wednesday, July 22, 2009

Israk & Mikraj

Peristiwa mengenai Israk & Mikraj – untuk renungan bersama

  1. Sebelum Israk dan Mikraj

    Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

  1. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

    Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

    i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii.. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S.. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

    Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

v Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

v Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

v Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

v Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka..

v Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

v Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

v Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

v Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

v Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

v Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

v Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat..

v Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

v Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

v Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

v Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

v Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

v Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

v Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya..

v Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W.. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A.. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."


(Surah Al-Israa': Ayat 1).

wallahua'lam..

Monday, July 20, 2009

Panduan Memilih Kamera Digital

Panduan Memilih Kamera Digital

Ramai juga yang ingin memiliki kamera digital tetapi tidak tahu memilihnya. Zaman sekarang, orang dah tak pakai kamera analog yang beroperasi menggunakan teknik dedahan cahaya kepada filem, tetapi semuanya menggunakan digital. Bila sebut saja kamera digital yang ada 10 megapixel, maka ramailah yang terngaga, "Wow... 10 megapixel!". Saya kerap kali terdengar orang tanya, "Awak punya kamera berapa megapixel? Berapa harga beli?" Bila saya jawab, "5.0 megapixel, harga RM1200" Lalu dikatakan, "Mahalnya, saya beli 6.0 megapixel cuma RM700 sahaja." Dalam hati saya cuma menjawab, "Sebenarnya di Carefoure pun, ada cuma RM300 lebih, kamera yang berkemampuan hingga 12 megapixel!" Inilah sindrom tidak memahami teknologi, sehingga merugikan kita. Justeru saya ingin berkongsi sedikit tentang panduan...

Untuk membaca artikel seterusnya, Klik pada tajuk artikel di atas... semoga terhibur -------------------------------------------------------

Saturday, July 4, 2009

Kelebihan Bulan Rejab

bullet

Sabda Nabi S.A.W.: "BULAN REJAB BULAN ALLAH, BULAN SYAABAN BULANKU DAN BULAN RAMADHAN BULAN UMATKU."

bullet

KEMULIAN BULAN REJAB DENGAN MALAM ISRAK-MIKRAJ, SYAABAN DENGAN MALAM NISFU SYAABAN DAN RAMADHAN DENGAN MALAM LAILATUL-QADAR.

bullet

MALAM AWAL REJAB MUSTAJAB DOANYA.

bullet

BERPUASA DIBULAN REJAB MULAI AWAL HINGGA AKHIR AKAN MENDAPAT PAHALA YANG BANYAK. ALLAH AKAN MENGURNIAKAN BERBAGAI-BAGAI RAHMAT, KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN.

bullet

BEGITU JUGA JIKA BERSEDEKAH DIDALAM BULAN REJAB DIJAUHKAN ALLAH DARIPADA API NERAKA.

REJAB ERTINYA TA'ZIM (KEBESARAN, KEAGUNGAN, KEMULIAN)

KERANA KEAGUNGAN, KEBESARAN DAN KEMULIAAN BULAN REJAB ITU MAKA ALLAH LIMPAHKAN RAHMATNYA, KEMURAHANNYA DAN KEBAJIKANNYA TERHADAP HAMBA-HAMBANYA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH PADA BULAN REJAB DENGAN BERPUASA DISIANG HARINYA DAN BERIBADAH DIMALAMNYA.

AMALAN-AMALANNYA:

BERPUASA, BERSEDEKAH, BERISTIGHFAR, BERTASBIH, BERZIKIR DAN BERSELAWAT.

BARANGSIAPA MEMINTA AMPUN (BERISTIGHFAR) KEPADA ALLAH PAGI DAN PETANG 70 ATAU 100 KALI, DIHARAMKAN TUBUHNYA DARIPADA API NERAKA.

ISTIGHFAR:

Dibaca tiap-tiap hari pagi 70 kali dan petang 70 kali.

TASBIH:

Dibaca 100 kali tiap-tiap hari mulai 1 hingga 10 Rejab.

Dibaca 100 kali tiap-tiap hari mulai 11 hingga 20 Rejab.

Dibaca 100 kali tiap-tiap hari mulai 21 hingga 30 Rejab.

BERPUASALAH PADA SIANG HARI DAN PADA MALAMNYA SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD, SUNAT TASBIH DAN SUNAT WITIR. BERDOALAH KEHADRAT ALLAH S.W.T. DAN BERDOA JUGA UNTUK IBUBAPA. BERISTGHFAR, BERSELAWAT, BERZIKIR DAN BERTASBIHLAH HINGGA NAIK FAJAR SUBUH.

BERAMALLAH SEKADAR KEMAMPUAN IMAN MASING-MASING. KALAU TIDAK DAPAT KESEMUANYA JANGANLAH TINGGAL KESEMUANYA.

Monday, June 29, 2009

Lukisan Teknikal Kapal Mewah

'Empress of the Seas' Cruise Ship Cutaway | Photoshop CS Illustration

Width: 45" Resolution: 350 dpi Format: CMYK Layered Photoshop CS File File Size: 1.3gb Illustration Time: 960 Hours



Empress Cruise Ship Cutaway Illustration


Click on the 4 thumbnails below for a closer look at the image and a screen shot of the vector line art file.


1/3 Size 1600 x 700 View of Full ship Front Half of Ship Close Up Rear Half of Ship Close Up Screen Shot of Vector Line Art


Click on the 8 thumbnails below for close up detail at 100% of the final art (reproduction) size.

All 8 detail examples are 1600 x 1000 or larger. Download time will vary due to file size and connection speed.


Empress Detail of at 100% Empress Detail of at 100% Empress Detail of at 100% Empress Detail of at 100%

Empress Detail of at 100% Empress Detail of at 100% Empress Detail of at 100% Empress Detail of at 100%

See How This Illustration Was Created

Illustrator & Photoshop How-to Books, Adobe Software, Drawing Tablets & More

View Another Cruise Ship Illustration

Back To Kevin Hulsey Technical Illustration Main Page





Empress of the Seas began life as the Nordic Empress in June 1990, christened prior to her maiden voyage by her "godmother," Gloria Estafan. At 48,563 tons Empress was smaller than the other ships in the Royal Caribbean Cruises fleet, being designed for 3-4 day cruises in the Baltic Sea. She became Empress of the Seas in 2004 in line with the rest of the RCI fleet naming scheme, and then the MS Empress when she moved into service with RCI subsidiary Pullmantur Cruises in 2008.



Friday, June 19, 2009

REJAB


Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia

mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."


Sunday, May 31, 2009

Selamat Pengantin Baru Untuk Suhaimi

Bahagia














Semangat pemegang payung















Semngat jurugambar dan jangan lupa pemegang bunga telor tu!














Minta petua - petua yang terdapat dalam h.phone














Tanggal 29 mei 2009, Mohd Zain Suhaimi selamat diijabkabulkan di sebuah masjid di Kulim Kedah. Tahniah Suhaimi. Selanjutnya di www.kemubu.blogspot.com

Aktiviti Sepak Takraw































Pasukan takraw smktpg telah menghantar 8 orang untuk mewakili PPD Kuala Langat dalam pertandingan sepak raga bulatan peringkat negeri. Sekolah kita mendapat tempat ke 4 peringkat negeri.

sila klik




Image