Mentafsir Peta Topografi 1. | Peta topografi mempunyai maklumat mengenai ciri-ciri budaya dan ciri-ciri fizikal. | 2. | Ciri-ciri budaya merujuk kepada ciri-ciri buatan manusia seperti jalan raya, jalan kereta api, petempatan, pertanian, perindustrian dan lain-lain lagi. | 3. | Ciri fizikal merujuk kepada bentuk-bentuk muka bumi semula jadi seperti tanah tinggi, tanah pamah, sungai dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. | 4. | | 5. | | 6. | Langkah-langkah mentafsir peta topografi ialah:- |
| (a) | perhatikan tajuk peta yang di beri(jika ada) |
| (b) | menyatakan kawasan, kedudukan dan arah kawasan |
| (c) | anggarkan luas kawasan |
| (d) | Kaji ciri-ciri fizikal kawasan kajian |
| (e) | Kaji ciri-ciri penggunaan tanah dengan merujuk kepada simbol-simbol yang digunakan seperti simbol untuk tumbuhan semula jadi, tanaman, perlombongan, petempatan dan perhubungan | 7. | Contoh:- | Tanaman | Bentuk Muka Bumi | Petempatan | Ciri-ciri Lain | Padi | Tanah pamah rendah dan rata | Berjajar di sepanjang tali air dan tetambak | Parit, tali air, benteng, lorong jalan kaki | Kelapa sawit | Tanah pamah beralun dan lereng bukit rendah | berkelompok | Jalan kereta api ringan dan jalan tidak berturap | Getah | Tanah pamah beralun dan lereng bukit rendah | Kebun kecil – berselerak Ladang - berkelompok atau berpusat | Lorong jalan kaki, sekolah, klinik dan kuil. | Saling kaitan antara tanaman, bentuk muka bumi dan petempatan |
No comments:
Post a Comment