MULAKAN DENGAN

Kamus Percuma

kata atau frase:

kamus online: terjemah dari bahasa indonesia ke bahasa inggris atau sebaliknya, dan juga dari bahasa inggris ke bahasa inggris on-line.

Sunday, April 19, 2009

Piala FA

Selangor menang 2 - 1 (agregat 3 - 2)


KETUA pasukan Selangor, Mohd Amri Yahyah (kiri) melakukan tandukan terbang untuk menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Perlis di Stadium Shah Alam, malam tadi. Selangor menang 2-1 dan layak ke perlawanan akhir menerusi agregat 3-2. – MINGGUAN/Mohd Shaharani Saibi


SHAH ALAM - Selangor menghampiri kejuaraan Piala FA buat kali kelima apabila menundukkan Perlis 2-1 pada perlawanan separuh akhir kedua sekali gus menang dengan agregat 3-2.

Juara 1991, 1997, 2001 dan 2005 itu membuktikan kejaguhannya di Stadium Shah Alam, semalam menerusi dua jaringan ketua pasukan, Amri Yahyah biarpun sempat menerima tentangan dan cuba diikat dengan gol Azi Shahril Azmi.

Merah Kuning yang mengikat Singa Utara 1-1 di Kangar, 7 April lalu, membuka gol dengan tandukan rendah Amri yang menyudahi umpanan lambung Rudie di sebelah kanan untuk menembusi kawalan Farizal pada minit ke-15.

Malangnya, Singa Utara hanya membenarkan Merah Kuning bergembira selama dua minit apabila rembatan deras pemain tengah negara, Azi menewaskan penjaga gol Hamsani Ahmad sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.

Pada minit ke-32, bek kanan tuan rumah, D. Surendran sempat mengancam gawang pelawat dengan sepakan bebas dari luar petak sejauh 30 meter namun Farizal ternyata lebih cekap membaca percubaan itu lalu menepisnya.

Dalam tempoh dua minit awal babak kedua, Selangor beroleh peluang keemasan untuk kembali mendahului, namun rembatan Safee dan sepakan bebas Surendran sekadar menyinggahi tiang dan palang gol Perlis.

Tempoh selebihnya jelas milik Selangor yang melancarkan pelbagai gerakan dan asakan menerusi Rudie, Amri, Safee dan Amirulhadi Zainal yang masuk menggantikan R. Surendren, namun kubu lawan masih kukuh menyerapnya.

Penantian gol kemenangan yang menyeksakan tuan rumah itu tiba-tiba berkesudahan setelah Amri sekali lagi menggunakan kepalanya untuk menewaskan Farizal hasil sepakan sudut Surendran pada minit ke-90.

Perlawanan semalam berlangsung dalam keadaan terkawal dan semangat kesukanan yang tinggi.

No comments:

sila klik




Image