MULAKAN DENGAN

Kamus Percuma

kata atau frase:

kamus online: terjemah dari bahasa indonesia ke bahasa inggris atau sebaliknya, dan juga dari bahasa inggris ke bahasa inggris on-line.

Sunday, December 18, 2011

Melawat ke Menara Kuala Lumpur

BERGAMBAR DI JAMBATAN GANTUNG MENARA KL

AYAH MIE KITA MINUM AIR KELAPA LAUT






MENARA KL

Friday, December 16, 2011

BERKELAH DI JERAM LENANG

AYU MANDI SAMBIL TERSENYUM - 5/12/2011

NAK BALIK









Tuesday, December 6, 2011

Membeli belah di Bazar Tok Guru

Datang ke sini memang susah hendak memilih pakaian kerana rambang mata dibuatnya.




Di sini banyak kain - kain batik dijual. berbagai jenis batik sama ada murah, sederhana atau yang mahal. batik sutera jcorp, crepe,(batik batu..woi) dan lain-lain lagi. Baju kelawar dan batik sarung juga ada dijual di sini. Berbagai pakaian terdapat di sini.




Bazar Tok Guru baru beroperasi pada tahun ini dalam sekitar bulan julai yang lalu. Terletak di depan cawangan Uitm Kelantan jalan Sultan Ibrahim.

Saturday, November 26, 2011

Bagaimana Dioksin Meresap ke dalam Rahim

Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Jika permukaan tuala wanita tersebut berlubang, maka gas toksid yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan.Jika permukaan tuala wanita bertukar menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap segala gas bertoksid, ia akan mengelakkan daripada masalah jangkitan alahan, gatal atau ruam.


Darah haid mengalir dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksid yang dinamakan dioksin akan terbebas melaui proses pemeluapan. Dioksin akan diserap ke dalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiup filopian.


BERTUKARLAH KEPADA PAD HERBA BIO SANITARY (100 peratus Kapas) - SELAMAT



Sunday, November 20, 2011

Kenangan Terakhir Cg Roslan di SMKTPG

CG ROSLAN BERSALAMAN DGN GURU-GURU PADA HARI TERAKHIR DI SMKTPG


PUNCH OUT TERAKHIR DI SMKTPG


BERGAMBAR KENANGAN DENGAN CG RAZAK


Thursday, October 27, 2011

Cara-cara Tuala Wanita diproses

Tuala wanita diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu Dioksin.
Apbila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang telah digunakan oleh wanita diseluruh dunia pada tahun 1970.

Bagaimana Dioksin boleh meresap ke dalam rahim?

Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Jika permukaan tuala wanita tersebut berlubang, maka gas toksid yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya akan menyebabkan jangkitan. Jika pemukaan tuala wanita bertukar menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap segala gas bertoksid.Ia akan mengelakkan daripada masalah jangkitan, alahan, gatal atau ruam.

Darah haid mengalir dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. sejenis gas bertoksid yang dinamakan dioksin akan terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akan diserap ke dalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiub filopian.
BERTUKARLAH KEPADA TUALA WANITA HERBA BIO SANITARY - BERSIH DAN SELAMAT
Sila Klik - mahu beli dan melihat fungsi

Wednesday, October 26, 2011

Bercuti di Seaview Resort Kuala Selangor




Pada 22 - 23 hb 2011 aku bersama keluargaku pergi bercuti ke Kuala Selangor. Aku tinggal di apartment yang bernilai RM100 semalam sahaja. Aku pergi bersama dengan keluarga adikku. Ok juga sebuah apartment 3 bilik sewanya RM100.00. Tapi suasananya biasa sahaja. Cuma ada kolam untuk mandi manda.

Saturday, September 24, 2011

Thursday, September 22, 2011

Berhati-Hati Taktik Penjenayah

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu.
Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti apa yang ingin diberitahunya. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di kerusi belakang .Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis.Wanita tersebut terus menjadi takut dan secara tiba-tiba pintu keretanya terbuka.Kelihatan seorang lelaki telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam.Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !Jadikan amalan :1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.

Sunday, September 18, 2011

Tanggal 18 September

Pantai Morib pada waktu malam



Di Pantai Bagan Lalang


Lepak bawah pokok




Hari ni tak ke mana-mana. Tiga hari bercuti aku pergi ke Bagan lalang melayan karenah anakku Mursyida ke Bagan lalang pada 16 September sempena cuti Hari Malaysia (jumaat). Aku bertolak ke Bagan Lalang pada pukul 3.30 ptg.


Jam 7.00pm kami pulang ke rumah..Sebelum sampai rumah kami singgah di Morib. Suasana malam di Morib ceria dengan kehadiran ramai pengunjung.

Friday, August 19, 2011

Penipuan dari Nombor 03-20267949

Pada 9hb ogos, aku mendapat panggilan dari nombor +320267949 mengatakan dari Aeon. aku terkejut beruk apibila mengatakan aku ada bil tertunggak rm9 ribu lebih. Aku dah mula tak percaya sebab aku tak pernak guna kad Aeon ni, tapi aku risau juga takut aku ada orang guna nama aku. Aku layan lagi panggilan dan bertengkar dengan pemanggil tu... Bila percakapannya tergagap-gagap dan pelatnya lebih2 macm orang bukan kerja Aeon ( dengan kata lain macam penipu la).. Aku pun matikan panggilan itu sebab tak munasabah aku guna rm9 ribu lebih...
Tiba-tiba hari ini isteri aku pulak dapat panggilan dari 03-20267949.. Katanya isteri aku daftar kad Aeon pada 31 jun 2011, dan guna tarnsaksi tu pada 6 julai 2011 di Hotel sentosa Singapore. Kami tak pernah pijak bumi Singapura. (nampak penipu). Layan lagi...katanya kad itu beralamat no 430, lorong 3, taman cempaka, kota bharu. Isteriku bantah lagi, itu alamat salah..Kemudian pemanggil itu suruh tunggu panggilan dari bank negara bahagian unit kad kredit palsu. Bahagian kad kredit call (0326988044)...Lakonan kononnya dari macam bank negara seperti realiti.Isteriku tak selesa di bulan ramadhan ini. Terus ke Aeon Bukit Tinggi buat laporan. Alhamdulillah, rupa-rupanya semuanya itu hanya penipuan..
Tak senang dibuatnya... Bila dapat penejelasan dari Aeon Bukit Tinggi , kami rasa lega.. bila google dalam internet rupa-rupanya ramai yang kena dengan panggilan ini..
sila layari : Sila klik

Wednesday, August 17, 2011

10 Malam Terakhir Ramadhan

Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran). Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. (Foto pertama bumi dari angkasalepas oleh Yuri Gagarin 1969).

Ramadan 1432H/2011M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra.

Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan semasa Qiyamullail di malamnya dan Iktikaf di siangnya ialah puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

1.Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.
2.Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).
3.Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4.Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5.Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2008 dan Ahad 28/9/2008.
6.Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7.Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8.Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka..Amin

Sunday, July 31, 2011

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.



Artikel-artikel lain yang berkaitan:

1. Adap berpuasa.

2. How to fast healthily during Ramadhan.

3. http://ramadan.emedia.com.my/

4. Bersahur cara Rasulullah.

Saturday, July 30, 2011

Aktiviti Hari Ini 30 Julai 2011



Hari ini jam 12.00 th aku dan keluarga pergi ke Selayang untuk mengambil geran motor yang telah ku beli pada tahun lepas. Nasib baik tidak sesat semasa ke kedai moto tersebut. Aku tiba di sana jam 1.15 petang... Balik ke Telok melalui Sg Buluh melaui PLUS dan melalui KESAS. Kemudian singgah di Shah Alam. Semasa di Shah Alam aku mencari Jus Tok Guru dan kujumpa tempatnya berdekatan dengan Stadium Shah Alam. Aku membeli produk Jus Tok Guru. Antara produk TOk Guru yang aku beli :

1.RuQ-SYa

2.Cuka Epal

3. Madu

4. Pelembut hati

5. Kismis Tok Guru

6. Dll

Laman web www.tokguru.net

Sepanjang bulan Julai

Ayu dan Didi semasa Perkahwinan Che Nani

Sepak Takraw di Gelanggang Futsal
Sepanjang bulan julai 2011, banyak aktiviti yang dilalui. Pada 2 Julai 2011 majlis pelancaran larian 1Malaysia yang melibatkan semua sekolah seluruh Malaysia. Selepas Larian 1Malaysia diadakan Karnival 1sukan 1Pelajar. Aku mengendalikan Kejohanan Sepak Takraw: dibantu cikgu Razak dan cg Radi... Pada 23 julai baru selesai kejohannan ini yang dimenangi oleh Pasukan The Red Warrior, Naib Johan Pasukan Pepsi dan Ketiga Fly Crew.






Pada Hari ini juga berlangsung perkahwinan adik ipar Hanani dan hamdan.. Tahniah!..









Sunday, May 29, 2011

Barcelona (3) - (1) Manchester United

WEMBLEY, England 29 Mei - Lionel Messi dan David Villa memastikan Barcelona merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara dengan mengalahkan Manchester United 3-1 pada perlawanan akhir pagi ini

Walaupun Manchester United berjaya mengikat Barcelona dengan 1-1 apabila Wayne Rooney menyamakan kedudukan pada minit ke-34 selepas Pedro Rodriguez menjaringkan gol pendahulu pada minit ke-27.

Sebaik separuh masa kedua berjalan Messi hanya mengambil masa sembilan minit meletakkan kembali Barcelona di hadapan dan gol jaringan Villa pada minit ke-70 mengesahkan kemenangan Barcelona. - AP

Tuesday, May 17, 2011

Kelantan vs Trengganu di Final Piala FA 2011

KELANTAN 1
Mohd Shakir Shaari (m-9)
SELANGOR 1
Rudie Ramli (m-78)

KOTA BHARU – Dua jagoan Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu bakal berentap dalam perlawanan akhir Piala FA edisi ke-22 setelah mengetepikan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir kedua yang berlangsung malam tadi.
Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi, biarpun sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Selangor, namun Kelantan melangkah penuh bergaya ke pentas perlawanan akhir musim ini setelah menang menerusi perkiraan agregat 6-2.
Sementara itu, Terengganu turut layak menerusi agregat 5-2 apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Lebih manis, kejayaan mara ke perlawanan akhir kali kedua itu dikongsi bersama oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut hadir menyaksikan perlawanan malam tadi.
Selangor yang bertandang ke Kota Bharu dengan misi sukar untuk mencipta kemenangan memulakan asakan seawal minit kedua perlawanan menerusi sepakan percuma pemain tengah, Mohd Hardi Jaafar yang tersasar disebelah kanan pintu gol Kelantan.
Tiga minit kemudian, giliran Kelantan membalas serangan menerusi rembatan Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi diluar kotak penalti yang menyaksikan bola rembatannya sedikit melewati pintu gol.
Namun, Kelantan tidak perlu menunggu lebih lama untuk memperolehi jaringan dalam perlawanan malam tadi. Pada m-9, pintu gol Selangor dibolosi apabila sepakan voli Mohd Shakir Shaari diluar kotak penalti tepat menerjah jaring untuk menewaskan Mohd Iqbal Mohd Suhaimi digawang golnya.
Ternyata gol tersebut menyemarakkan semangat pemain Kelantan untuk memberi tekanan kepada pasukan pelawat yang dilihat membuat percaturan merehatkan beberapa tonggak utama dalam perlawanan malam tadi.
Pada m-28, penyerang Kelantan, Muhammad Ramzul Zahini Adenan mensia-siakan peluang terbaiknya untuk mencipta nama apabila sepakan lambungnya tinggi melewati pintu gol Selangor biarpun hanya berhadapan dengan Mohd Iqbal.
Tujuh minit berselang, gerakan menarik satu dua diantara Muhammad Khalid dengan Muhammad Ramzul Zahini turut berakhir dengan kehampaan apabila rembatannya sedikit tersasar disebelah kiri pintu gol Selangor.
Biarpun Selangor dilihat tidak mempunyai banyak peluang untuk melancarkan serangan merbahaya, namun Ketua Pasukan, Mohd Amri Yahyah turut mencuri perhatian apabila sempat melepaskan rembatan pada m-36 yang tersasar disebelah kanan pintu gol Kelantan.
Dua minit kemudian, Muhammad Ramzul Zahini sekali lagi terlepas peluang menjarakkan kedudukan untuk Kelantan apabila gagal menyempurnakan hantaran lintang S Chanturu dengan memilih menyepak lemah ke Mohd Iqbal.
Pada m-41, pemain yang digelar ‘Kelantan Ekpres’, Chanturu juga mengukir nama sebagai antara pemain yang turut mensia-siakan peluang terhidang dalam perlawanan malam tadi apabila rembatannya tersasar disebelah kiri pintu gol Selangor biarpun menerima umpanan cantik daripada Muhammad Khalid sebelum itu.
Minit-minit akhir perlawanan, Muhd Badhri gagal memastikan Kelantan berada dalam kedudukan selesa sebelum menuju ke bilik persalinan apabila rembatannya ditepis keluar Mohd Iqbal malah rembatan susulannya sekali lagi ditanduk keluar P Gunalan diatas garisan gol Selangor.
Babak kedua menyaksikan anak buah K Devan lebih kemas menyusun corak permainan dan hasilnya pada m-51 rembatan pemain pertahanan, P Gunalan nyaris menghasilkan gol manakala percubaan Azidan Sarudin dua minit kemudian pula tinggi melewati pintu gol Kelantan.
Dua minit selepas itu, Mohd Amri terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan untuk pasukannya apabila rembatannya didalam kotak penalti hanya tersasar beberapa meter disebelah kanan pintu gol Kelantan.
Enggan membiarkan pasukan pelawat menguasai perlawanan, Kelantan turut mempunyai peluang untuk melebarkan jurang pada m-60 namun lorongan cantik Muhammad Khalid gagal disempurnakan dengan bijak oleh Mohd Nizab Ayub apabila rembatannya mudah dibaca Mohd Iqbal.
Pada m-73, Mohd Iqbal sekali lagi dipaksa bekerja keras dipintu golnya apabila terpaksa melayangkan badan untuk menepis keluar rembatan kencang Mohd Izuan Salahuddin dari luar kotak penalti.
Seminit kemudian, sepakan penjuru melencong oleh Muhd Badhri pula turut memaksa Mohd Iqbal melayangkan badan sekali lagi bagi menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.
Disebalik kebangkitan mendadak barisan pemain Kelantan untuk terus menambahkan jaringan, muncul Rudie Ramli sebagai penyelamat maruah pasukannya daripada terus diaibkan dengan kekalahan keempat kepada Kelantan sepanjang musim ini.
Pada m-78, berpunca hantaran lintang ke dalam kotak penalti oleh Mohd Amri, Rudie pantas menampan kemas sebelum merembat dekat untuk menghasilkan gol penyamaan bagi Selangor dalam perlawanan malam tadi.
Pada m-82, Muhd Badhri sekali lagi gagal menambahkan jaringan bagi Kelantan apabila rembatan leretnya hanya melintasi pintu gol Selangor biarpun Mohd Nizab cuba menampan rembatan tersebut.
Minit-minit akhir perlawanan, Mohd Iqbal sekali lagi beraksi cemerlang dipintu golnya apabila menafikan rembatan kencang Mohd Nurul Azwan untuk memastikan kedua-dua pasukan sekadar terikat seri 1-1 dalam perlawanan malam tadi.

Sunday, April 17, 2011

Kejohanan Sepak Takraw MSSD K.Langat 2011

SMKTPG menjadi Juara dalam kategori Regu Bukan Melayu Kejohanan Sepak takraw MSSD Kuala Langat 2011 dan Hemaraj merupakan pemain terbaik. Tahniah !
Medal yang diperolehi oleh regu Bukan Melayu
Cikgu Radi memerhati anak buahnya bermain takraw dengan penuh semangat
Mencari strategi untuk mengalahkan lawan
Lipatan maut dari khairuddin merupakan killer dari regu smktpg c. Regu ini hanya mara ke suku akhir. Begitu juga regu bawah 15 tahun.

Keputusan penuh:

Bawah 18 tahun:

Johan - SMK Batu Laut

N.Johan - SAMUS

Bawah 15 Tahun :

Johan - SMK Sijangkang Jaya

N.Johan - SMK Sungai Manggis

Regu Bukan Melayu

Johan - SMK Telok Panglima Garang

N.Johan- SMK SAS

Sunday, April 10, 2011

Kelantan Membelasah Felda United

KELANTAN 6


Mohd Shakir Shaari (m-33) Norshahrul Idlan Talaha (m-40) Mohd Nizab Ayub (m-60, 71)Danial Fadzly Abdullah (m-82) Mohd Izuan Salahuddin (m-89)


KL FELDA UNITED FC 0


KOTA BHARU – Kelantan kembali merampas kedudukan selaku pendahulu liga setelah berpesta gol membelasah KL Felda United FC 6-0 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi. Lebih manis lagi, kemenangan bergaya Kelantan malam tadi turut dibantu dengan kekalahan mengejut 0-2 Selangor kepada T-Team di Shah Alam sementara rekod tanpa kalah Perak dalam sepuluh perlawanan akhirnya lebur setelah kecundang 1-2 kepada Sabah di Kota Kinabalu. Beraksi dihadapan hampir 18,000 penyokong setia The Red Warriors, ternyata anak buah Datuk M Karathu mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk kembali memimpin carta liga menerusi kemenangan terbesar pernah dicatatkan sejak sepuluh perlawanan lalu. Seawal minit pertama, The Red Warriors yang turun tanpa perancang utama, Muhd Badhri Radzi menghadirkan ancaman berbahaya menerusi hantaran lintang mengelirukan oleh Solehin Kanasian Abdullah yang menyaksikan pemain pertahanan, Azi Shahril Azmi terpaksa mengeluarkan bola daripada kawasan merbahaya didepan pintu gol pasukannya. Kelantan nyaris memperolehi gol pertama menerusi S Chanturu pada m-16 namun rembatannya terus ke dakapan Mohammad Faizal Abdul Rashid setelah rembatan susulan Mohd Daudsu Jamaluddin sebelum itu tertampan pertahanan lawan. Pada m-29, giliran Danial Fadzly Abdullah pula hampir meletakkan Kelantan didepan namun rembatannya daripada jarak 35 meter sedikit melewati pintu gol biarpun penjaga gol pasukan pelawat, Mohammad Faizal sudah terkeluar daripada posisinya.


Seterusnya



Kesebelasan utama pemain :


KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Danial Fadzly Abdullah, Shakir Shaari (Khairan Eruan Razali), Solehin Kanasian Abdullah, Norshahrul Idlan Talaha (KP)(Mohd Nizab Ayub) dan S Chanturu (Mohd Izuan Salahuddin).


FORMASI : 4-4-2


KL FELDA UNITED FC : Mohammad Faizal Abdul Rashid, Abdul Ghani Abdul Rahman, Rames Lai Ban Huat, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (KP), Mohd Nizam Abu Bakar, Mohd Badrul Azam Zamri (Md Hasmarul Fadzir Hassan), Azi Shahril Azmi, Mohd Syazwan Zainol (Mohd Nizaruddin Yusof), Liew Kit Kong, Mohd Azrul Ahmad (K Rajan) dan Farderin Kadir.


FORMASI :4 - 4 - 2

Sunday, March 27, 2011

Jangan Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta

Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.
Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.
Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen)ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.
izoblog.com

sumber : klik sini

Sunday, February 27, 2011

Kejohanan Olahraga 2011 kali ke-30

Pasukan Hijau membuat persediaan untuk acara perbarisan
Rumah Merah sedang berjalan dalam acara perbarisan..maskot CiLi Api
Tersenyum....Acara perbarisan
Berbasikal untuk membawa misi pasukan dengan membawa buah durian sebagai maskot
Maskot Rumah Ungu...selaku Juara acara Perbarisan kejohan Olahraga SMKTPG 2011

Tuesday, February 15, 2011

Keputusan Liga Malaysia 2011

Perlawanan keempat

Negeri sembilan (0) - Felda United (1)
Kuala Lumpur (0) - Kelantan (2)
Selangor (3) - Trengganu (2)
Sabah (0) - Johor FC (1)
Harimau Muda (1) - Perlis (1)
Kedah (0) - Perak (0)
Pahang (1) - T-Team (0)

KOTA BHARU – Kelantan terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga apabila membenam cabaran Kuala Lumpur dengan kemenangan 2-0 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.
Dua gol masing-masing menerusi Muhammad Ramzul Zahini Adenan pada awal dan akhir babak kedua sudah cukup untuk membolehkan skuad kendalian Datuk M Karathu terus mengungguli takhta liga sepanjang minggu ini dengan 10 mata.
Beraksi dihadapan hampir 18,000 penyokong setia, Kelantan yang turut sebagai pasukan pelawat dalam perlawanan malam tadi walaubagaimanapun menghadapi kesukaran untuk menembusi pintu gol Kuala Lumpur sepanjang separuh masa pertama berlangsung.
Gerakan yang serba tidak menjadi disamping kekebalan benteng pertahanan Kuala Lumpur menahan asakan pemain Kelantan membuatkan pemain Kelantan seolah-olah hilang punca untuk mencipta peluang menarik didepan pintu gol Kuala Lumpur.
Seawal minit pertama, Kelantan yang melakukan sepak mula terlebih dahulu menguji pintu gol Kuala Lumpur menerusi percubaan menarik Norshahrul Idlan Talaha hasil hantaran Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi namun rembatannya ditepis keluar Norazlan Razali.
Pada m-9, penyerang Kelantan, Muhammad Ramzul Zahini Adenan mensia-siakan peluang terhidang apabila gagal menyambut bola setelah menerima hantaran lintang Muhd Badhri dari sebelah kanan pintu gol Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur yang mempertaruhkan gandingan penyerang muda, Muhammad Afiq Azmi dan Azwan Abd Malek dibahagian serangan turut mempunyai peluang pada m-15, namun percubaan Muhammad Afiq dipatahkan oleh pemain pertahanan Kelantan, Mohd Farisham Ismail.
Pemain sayap kiri Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya mempunyai peluang terbaik pada m-21 apabila berjaya membawa masuk bola ke dalam kotak penalti tetapi rembatan kencangnya sedikit melepasi palang gol Kuala Lumpur.
Selang enam minit kemudian, Norshahrul Idlan turut mempunyai peluang terbaik apabila menyambut baik hantaran pendek Muhd Badhri dengan mendada bola dan sempat melakukan ‘turning’ sebelum melepaskan sepakan kencang namun diselamatkan sekali lagi Norazlan.
Kuala Lumpur yang melakukan sekali sekala serangan sekali lagi mempunyai peluang pada m-39 untuk memecahkan kebuntuan menerusi percubaan Norismaidham Ismail tetapi ditepis keluar Khairul Fahmi Che Mat.
Tempoh lima minit terakhir separuh masa pertama jelas memihak pasukan Kuala Lumpur menerusi asakan bertali arus pemain mereka memaksa Khairul Fahmi bekerja keras menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi.
Percubaan Fahrul Razi Kamaruddin pada m-40 ditepis keluar Khairul Fahmi manakala rembatan Muhammad Afiq seminit selepas itu juga menyaksikan kewibawaan Khairul Fahmi sekali lagi diuji dengan layangan badannya untuk menepis keluar rembatan tersebut.
Begitu pun, gol yang ditunggu-tunggu oleh pasukan Kelantan akhirnya tiba sebaik sahaja separuh masa kedua disambung. Penyerang, Muhammad Ramzul Zahini mudah menjaringkan gol hasil kesilapan pemain pertahanan Kuala Lumpur, Ahmad Dashila Tajudin yang gagal mengeluarkan bola daripada pintu golnya setelah berlaku salah faham antara dia dengan penjaga Norazlan.
Tempoh 45 minit separuh masa kedua jelas didominasi sepenuhnya pasukan Kelantan apabila deretan peluang demi peluang terhidang namun ketangkasan Norazlan dipintu gol Kuala Lumpur menafikan hajat The Red Warriors untuk mencipta kemenangan besar.
Pada m-54, Norshahrul Idlan sekali lagi kempunan untuk menambahkan koleksi gol untuk Kelantan apabila rembatannya sedikit tersasar disebelah kiri pintu gol Kuala Lumpur. Sementara pada m-57, rembatan Mohd Nurul Azwan pula dihalang pemain pertahanan Kuala Lumpur setelah dia menerima umpanan cantik daripada Mohd Nizab Ayub.
Pada m-64, Kelantan hampir memperolehi gol kedua mereka apabila apabila hantaran lintang Mohd Nurul Azwan disudahi dengan rembatan kencang Muhammad Ramzul Zahini namun terkena tiang gol sebelah kanan biarpun Norazlan sudah pun tertewas.
Seminit selepas itu Muhammad Ramzul sekali lagi kempunan untuk menjaringkan gol apabila tandukannya mudah diselamatkan Norazlan didepan pintu gol Kuala Lumpur. Sementara itu percubaan Mohd Nizab pada m-68 pula jauh melewati pintu gol Kuala Lumpur.
Tidak banyak percubaan merbahaya yang dilakukan oleh Kuala Lumpur dalam perlawanan malam tadi. Biarpun percaturan penolong jurulatihnya, Tan Siew Seng memasukkan Farouk Hashim dan Mohd Badrul Hisham Azmi pada pertengahan babak kedua namun itu tidak banyak membantu jentera serangan mereka.
Satu-satunya peluang terbaik mereka hadir pada m-76 menerusi sepakan percuma Norismaidham Ismail namun terus ke dakapan kemas Khairul Fahmi.
Gol kedua Kelantan hadir pada m-87 perlawanan apabila Norshahrul Idlan yang menerima umpanan silang Mohd Nurul Azwan mudah memperdayakan pemain pertahanan Kuala Lumpur sebelum merembat kencang di dalam kotak penalti menewaskan Norazlan buat kali kedua untuk melengkapkan aksi cemerlang Kelantan kekal tanpa kalah dalam empat perlawanan setakat in.

Sunday, February 13, 2011

Keputusan Terkini Liga Malaysia

12 feb 2011 (perlawanan ketiga.)

Sabah (1) - Kedah (0)
Selangor (1) - Kuala Lumpur (1)
Kelantan (4) - Johor FC (1)
Harimau M (3) - T-Team (1)
Felda uni (2) - Pahang (1)
Perak (2) - N.Sembilan (0)
Perlis (1) - Trengganu (3)


Keputusan epl dan liga perdana malaysia
sila

klik sini

Giliran Kelantan pimpin liga super

Kelantan pimpin Liga
KAPTEN Kelantan, Badri Radzi (kiri) melepaskan sepakan ke arah pintu gol Johor FC pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, malam tadi.
KELANTAN mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan ketika menewaskan Johor FC 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam tadi.
Kejayaan tersebut menyaksikan skuad kendalian M. Karathu itu merampas status pendahulu daripada Negeri Sembilan yang tumpas 0-2 kepada Perak dalam satu lagi perlawanan di Stadium Ipoh.
Begitupun, Kelantan terlebih dahulu dikejutkan Johor FC apabila ketinggalan 0-1 pada minit ke-25 hasil jaringan Mohd. Riduan Ma'on.
Tersentak dengan jaringan tersebut, The Red Warriors terus bangkit dan memperoleh gol penyamaan pada minit ke-29 menerusi Nurul Azwan Roya dan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada babak kedua, tuan rumah menunjukkan kehebatan sebenar apabila meledak tiga gol lagi menerusi jaringan sendiri pemain Johor FC, Mohd. Riduan Ma'on pada minit ke-50 sebelum penyerang skuad negara, Norshahrul Idlan Talaha manambah gol ketiga pada minit ke-72 dan Nizad Ayub melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-77.
Kemenangan ini menyaksikan Kelantan terikat tujuh mata dengan Perak, namun mempunyai kelebihan menerusi perbezaan gol.
Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tuan rumah, Pahang tersungkur 1-2 kepada Felda United.
Gol Felda United dijaringkan oleh Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti pada minit ke-47 dan sepakan percuma Faderin Kadir (minit ke-59) sementara gol Pahang pula dijaringkan oleh Azamuddin Mohd. Akil pada minit ke-77.
Di Stadium Shah Alam, juara bertahan, Selangor terus gagal mencatat kemenangan kedua apabila diikat oleh Kuala Lumpur 1-1.
Perlawanan lain semalam menyaksikan Harimau Muda A menewaskan T-Team 3-1 sementara Sabah menewaskan Kedah 1-0.

Tuesday, February 8, 2011

Jadual Latihan Rumah Sukan 2011

Sesi Petang

Waktu : 7.30 am - 10.00 am

sesi pagi

Waktu : 3.00 pm - 5.30 pm



8 Feb 2011 (Selasa)

Rumah Biru

9 Feb 2011 (Rabu)

Rumah Kuning

10 Feb 2011 (Khamis)

Rumah Merah

11 Feb 2011 (Jumaat)

Rumah Hijau

14 Feb 2011 (Isnin)

Rumah Ungu

16 Feb 2011 (Rabu)

Rumah Biru dan Kuning

17 Feb 2011 (Khamis)

Rumah Merah, Hijau dan Ungu

Saturday, February 5, 2011

Perjalanan Pulang Ke Selangor dari Kulim

Kereta yang ku pandu ke Kulim
Aiman dan ayahnya


Berhenti makan di Hentian R@R Sungai Perak


Anak Roslina...senyum dan gembira (4 bulan)



Ayu santai kat Sungai Perak (hentian R@R) 9 malam



Perjalanan dari Ipoh ke Kulim Kedah

Ayu dan Didi menikmati hidangan kat Kulim Kedah

Aiman dan ayahnya gembira kedatangan kami ke majlis aqiqah aiman
Papan Tanda Herbalife semasa melalui Ipoh (PLUS).....Gaya Hidup Sihat


Di lebuhraya PLUS.....baru bertolak dari Ipoh



Jalan Sultan Azlan Shah Ipoh




Thursday, February 3, 2011

Perjalanan Ke Ipoh

Kat sate kajang Ipoh..jalan Sultan Azlan Shah belakang Petronas
Jalan jem nak ke Kulim melalui PLUS..terpaksa memasuki susur keluar Trolak
sampai kat susur keluar UPSI
Sungai Buluh...PLUS
Perjalanan ke Kulim untuk menghadiri aqiqah Aiman melalui PLUS..ni kat Shah Alam