MULAKAN DENGAN

Kamus Percuma

kata atau frase:

kamus online: terjemah dari bahasa indonesia ke bahasa inggris atau sebaliknya, dan juga dari bahasa inggris ke bahasa inggris on-line.

Sunday, August 16, 2009

Penawar H1N1

Aku ambil dari Blog Trengganu kita

Mungkinkah "Jintan Manis" Penawar Bagi H1N1?

Posted on Saturday, August 15 @ 19:00:34 PDT by TokPenghulu
Berita Oleh: akueden

"Pada masa ini negara kita sedang dilanda wabak penyakit selsema babi (swine flu) atau H1N1. Mengikut Malaysiakini pada 15 Ogos 2009 kematian akibat gejala ini telah meningkat ke 50 orang. Yang mati terdiri dari bayi hingga ke warga dewasa yang muda dan yang telah lanjut usia.

Kemungkinan angka kematian ini meningkat lagi sememangnya ada kerana wabak ini mudah merebak dan tiada suatu vaksin bagi pencegahan ujud atau telah ditemui sehingga kini. Ada pembaca mengesyorkan diistiharkan keadaan darurat di negara kita. Tetapi sebelum itu eloklah kita fikirkan dan baca apa ubat atau pencegahan yang telah diselidiki oleh negara selain barat. Di link berikut saya cedok berita dalam BI yang menyatakan sebuah majalah penyelidikan Cina telah menemui makanan yang dapat mencegah H1NI @

http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

Mengikut berita tersebut meminum airsuam yang telah direndam beberapa biji jintan manis (fennel seeds) perkara pertama setiap pagi boleh menghindar seseorang dari dijangkiti penyakit ini.

Jika berita ini betul maka mudahlah H1N1 ini dicegah dan dirawat. Mengikut ugama Islam "setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut dan tuhan tidak turunkan penyakit melainkan dengan ubatnya sekali." Ubat itu tidak semestinya mahal atau sukar diperolehi dan banyak boleh diperolehi dari tumbuhan2 yang telah Allah s.w.t. sediakan.

Untuk pengetahuan pembaca artikel mengenai "fennel seed" boleh dibaca di wikipedia @

http://en.wikipedia.org/wiki/Fennel

dan jintan manis @

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.trymasak.my/glossaryImage/jintan-manis.jpg&imgrefurl=http://www.trymasak.my/view-glossary.php%3FGID%3DTM-f9a2805e470fbc172c3c4488a0760fc5&h=299&w=400&sz=49&tbnid=nasvazPWrSMtNM:&tbnh=93&tbnw=124&prev=/images%3Fq%3DJintan%2Bmanis&usg=__hWolqRefBuhSVzm8HiXodSiCzUE=&ei=7QOHSva9CpT2sgPT-62jBw&sa=X&oi=image_result&resnum=4&ct=image

Diharap sesiapa yang mengidap penyakit ini mencuba kaedah rawatan atau perubatan ini dan dapat melapurkan balik keberkesanannya. Di samping itu jangan lupa mengamalkan doa pencegahan wabak seperti @

http://www.muftins.gov.my/files/doa.jpg

Ini pula dari E mail Kawan:

Salam..... sy baru balik dari thailand. sy ke pulau temelang dan ban tun. apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan2nya adalah

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

tq
ini juga email dari kawan:

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis herba (dari dulu saya terima apa yang datang dari tumbuhan termasuk sayur dan buah2an sebagai herba) yang dipercayai boleh digunakan untuk meredakan selsema termasuk H1N1.

Saya jelaskan mana yang sempat dalam buku saya nanti, H1N1. Paling baik apabila sembuh (masa kena memang tak lalu makan/minum) , betulkan pemakanan: kurangkan makanan bergula termasuk air tin dan lain2, makanan junk, makanan bergoreng, kawal stress (fisikal/emosi) , kurang/tidakmerokok , belajar makan sayur2an dan buah2an (ramai yang tak makan dan memilih) dll. Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada peningkatan risiko jangkitan selsema termasuk H1N1, dan saya tulis dalam buku saya.

Sekali imbas, pada pandangan saya, H1N1 tidak seperti virus HIV yang mana protease inhibitors dan ubatan combo tidak berkesan. H1N1 mempunyai sifat hidupnya menyerupai virus2 selsema lain termasuk selsema bermusim.

Sentiasa bawa cengkih dan kulit kayu manis ke mana-mana. Jika anda mula bersin, mamah 5 kuntum cengkih dan 1/2 inci kayu manis, 2-3 X sehari.

Ramuan berikut bantu redakan demam selsema dan kemungkinan H1N1 juga dengan tanda-tanda batuk, selsema, keradangan (sakit kepala, sakit badan) :

1/2 inci kayu manis
5 cengkih
1/4 - 1/2 jari halia hidup
1/4 - 1/2 jari kunyit hidup
5 biji lada hitam

Pelik? : )

Tumbuk hingga lumat. Tambah 1 cawan air panas dan minum, 2-3 X sehari. Dapatkan pengesahan doktor dulu mengenai H1N1 positif atau tidak. Shikimic acid yang digunakan untuk pembuatan Tamiflu ialah sejenis bahan kimia terdapat dalam BUNGA LAWANG.

Mengapa saya tak syorkan bunga lawang? Sebab, bahan-bahan kimia dengan tindakan antiflu dan tindakan terapeutik lain yang terdapat dalam Bunga Lawang yang diperlukan tidak banyak dan tidak sehandal seperti yang terdapat dalam herba2 kombo yang saya sebutkan di atas.


Berikut pula ialah sifat2 terapeutik epal dan oren bersama bahan-bahan kimia yang berkaitan terkandung dalam setiap jenis buah tersebut yang dipercayai dapat membantu seseorang yang mengalami selsema babi. Seorang pelajar yang telah disahkan oleh pihak hospital menghidap selsema telah mengambil 6 biji epal hijau sehari (sebiji pada setiap 1-1 1/2 jam) bersama jus oren segar tanpa gula (berjumlah 3 gelas sehari, pengambilan dijarakkan). Simtom-simtom selsema babi yang beliau hidapi semakin berkurangan secara ketara selepas 2-3 hari mengamalkannya.


Ulasan saya terhadap email abang pelajar tersebut:


Assalaamu3alaikum.

Saya ialah seorang herbalis, telah menyemak herba2 yang diambil oleh adik tersebut dalam membantu meredakan diri beliau dari H1N1. Simtom-simtom flu babi adalah pelbagai. Berikut ialah sifat-sifat teraputik dalam epal dan oren yang dipercayai berupaya membantu meredakan (menyembuhkan, mempecepat proses penyembuhan samada sedang mengambil tamiflu atau tanpa mengambil ubatan tersebut) seseorang dari H1N1. Setiap sifat teraputik dan bahan-bahan fitokimia yang berkaitan yang disebutkan memang telah terbukti secara saintifik.

Epal:

Immunostimulant: alpha-linolenic acid, ursolic acid, quercetin, caffeic acid, rutin, chlorogenic acid, ferulic acid, protocatechuic acid

Anti-inflammatory: alpha-linolenic acid, rutin, quercetin, caffeic acid, ferulic acid, hyperoside, isoquercitrin, protocatechuic acid,

Lympocytogenic: alpha-linolenic acid

Antiviral: lutein, silver, chlorogenic acid, ferulic acid, protocatechuic acid, quercetin, quercitrin

Antioxidant: rutin, quercetin, caffeic acid, chlorogenic acid, ferulic acid, hyperoside, isoquecitrin, protocatechuic acid, sinapic acid, lutein

Antiflu: caffeic acid, hyperoside, quercetin, quercitrin, rutin

Antitussive: protocatechuic acid

Antispasmodic: caffeic acid, ferulic acid, protocatechuic acid, quercitrin, rutin

Oren

Immunostimulant: alpha-linolenic acid, caffeic acid, ferulic acid, rutin,

Anti-inflammatory; alpha-linolenic acid, alpha-terpineol, caffeic acid, diosmin, ferulic acid, gamma-terpene, hesperidin, limonene, naringenin, rutin

Antiviral: caffeic acid, ferulic acid, hesperidin, limonene, lutein, scuttelarein

Antioxidant: alpha-carotene, caffeic acid, diosmin, ferulic acid, hesperidin, lutein, malic acid (synergist), naringenin, naringin, neohesperidin, p-coumaric acid, rutin, scuttelarein, sinapic acid, tangeritin, terpen-4-ol,

Antiflu: caffeic acid, limonene, p-cymene

Antitussive; terpen-4-ol

Antispasmodic; caffeic acid, ethyl acetate, ferulic acid, myrcene, neral, p-coumaric acid, rutin

Expectorant (bantu kahak mudah mengalir): betaine, limonene

Bronchorelaxant: hordenine

Untuk epal dan oren, terdapat fitokimia yang bersifat antibakteria juga. Di dalamnya terdapat juga kandungan ascorbic asid yang mempunyai pelbagai sifat terapeutik.

Jadi, epal dan oren tidak seperti air kosong yang dijampi. Allah jadikan kedua-duanya penuh dengan pelbagai sifat terapeutik.

Sekali imbas saya lihat gabungan epal hijau dan oren sebagai salah satu pilihan untuk meredakan (menyembuhkan) H1N1. Pada saya, makan epal hijau dengan kulitnya dan blenderize kulit oren sekali kerana ia kaya dengan bioflavoids yang akan meningkatkan sinergi kepada sifat-sifat terapeutik yang sedia ada.

No comments:

sila klik




Image