MULAKAN DENGAN

Kamus Percuma

kata atau frase:

kamus online: terjemah dari bahasa indonesia ke bahasa inggris atau sebaliknya, dan juga dari bahasa inggris ke bahasa inggris on-line.

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Gambar -gambar sekitar kejohanan Merentas Desa 2012

cg saharudin
cg Azila dan elina
Menunggu..sebelum larian
Cg Razak
Lari.....
Cg Muzaiful dan Cg Haris

Sunday, May 29, 2011

Barcelona (3) - (1) Manchester United

WEMBLEY, England 29 Mei - Lionel Messi dan David Villa memastikan Barcelona merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara dengan mengalahkan Manchester United 3-1 pada perlawanan akhir pagi ini

Walaupun Manchester United berjaya mengikat Barcelona dengan 1-1 apabila Wayne Rooney menyamakan kedudukan pada minit ke-34 selepas Pedro Rodriguez menjaringkan gol pendahulu pada minit ke-27.

Sebaik separuh masa kedua berjalan Messi hanya mengambil masa sembilan minit meletakkan kembali Barcelona di hadapan dan gol jaringan Villa pada minit ke-70 mengesahkan kemenangan Barcelona. - AP

Tuesday, May 17, 2011

Kelantan vs Trengganu di Final Piala FA 2011

KELANTAN 1
Mohd Shakir Shaari (m-9)
SELANGOR 1
Rudie Ramli (m-78)

KOTA BHARU – Dua jagoan Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu bakal berentap dalam perlawanan akhir Piala FA edisi ke-22 setelah mengetepikan lawan masing-masing dalam aksi separuh akhir kedua yang berlangsung malam tadi.
Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi, biarpun sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Selangor, namun Kelantan melangkah penuh bergaya ke pentas perlawanan akhir musim ini setelah menang menerusi perkiraan agregat 6-2.
Sementara itu, Terengganu turut layak menerusi agregat 5-2 apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Lebih manis, kejayaan mara ke perlawanan akhir kali kedua itu dikongsi bersama oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut hadir menyaksikan perlawanan malam tadi.
Selangor yang bertandang ke Kota Bharu dengan misi sukar untuk mencipta kemenangan memulakan asakan seawal minit kedua perlawanan menerusi sepakan percuma pemain tengah, Mohd Hardi Jaafar yang tersasar disebelah kanan pintu gol Kelantan.
Tiga minit kemudian, giliran Kelantan membalas serangan menerusi rembatan Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi diluar kotak penalti yang menyaksikan bola rembatannya sedikit melewati pintu gol.
Namun, Kelantan tidak perlu menunggu lebih lama untuk memperolehi jaringan dalam perlawanan malam tadi. Pada m-9, pintu gol Selangor dibolosi apabila sepakan voli Mohd Shakir Shaari diluar kotak penalti tepat menerjah jaring untuk menewaskan Mohd Iqbal Mohd Suhaimi digawang golnya.
Ternyata gol tersebut menyemarakkan semangat pemain Kelantan untuk memberi tekanan kepada pasukan pelawat yang dilihat membuat percaturan merehatkan beberapa tonggak utama dalam perlawanan malam tadi.
Pada m-28, penyerang Kelantan, Muhammad Ramzul Zahini Adenan mensia-siakan peluang terbaiknya untuk mencipta nama apabila sepakan lambungnya tinggi melewati pintu gol Selangor biarpun hanya berhadapan dengan Mohd Iqbal.
Tujuh minit berselang, gerakan menarik satu dua diantara Muhammad Khalid dengan Muhammad Ramzul Zahini turut berakhir dengan kehampaan apabila rembatannya sedikit tersasar disebelah kiri pintu gol Selangor.
Biarpun Selangor dilihat tidak mempunyai banyak peluang untuk melancarkan serangan merbahaya, namun Ketua Pasukan, Mohd Amri Yahyah turut mencuri perhatian apabila sempat melepaskan rembatan pada m-36 yang tersasar disebelah kanan pintu gol Kelantan.
Dua minit kemudian, Muhammad Ramzul Zahini sekali lagi terlepas peluang menjarakkan kedudukan untuk Kelantan apabila gagal menyempurnakan hantaran lintang S Chanturu dengan memilih menyepak lemah ke Mohd Iqbal.
Pada m-41, pemain yang digelar ‘Kelantan Ekpres’, Chanturu juga mengukir nama sebagai antara pemain yang turut mensia-siakan peluang terhidang dalam perlawanan malam tadi apabila rembatannya tersasar disebelah kiri pintu gol Selangor biarpun menerima umpanan cantik daripada Muhammad Khalid sebelum itu.
Minit-minit akhir perlawanan, Muhd Badhri gagal memastikan Kelantan berada dalam kedudukan selesa sebelum menuju ke bilik persalinan apabila rembatannya ditepis keluar Mohd Iqbal malah rembatan susulannya sekali lagi ditanduk keluar P Gunalan diatas garisan gol Selangor.
Babak kedua menyaksikan anak buah K Devan lebih kemas menyusun corak permainan dan hasilnya pada m-51 rembatan pemain pertahanan, P Gunalan nyaris menghasilkan gol manakala percubaan Azidan Sarudin dua minit kemudian pula tinggi melewati pintu gol Kelantan.
Dua minit selepas itu, Mohd Amri terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan untuk pasukannya apabila rembatannya didalam kotak penalti hanya tersasar beberapa meter disebelah kanan pintu gol Kelantan.
Enggan membiarkan pasukan pelawat menguasai perlawanan, Kelantan turut mempunyai peluang untuk melebarkan jurang pada m-60 namun lorongan cantik Muhammad Khalid gagal disempurnakan dengan bijak oleh Mohd Nizab Ayub apabila rembatannya mudah dibaca Mohd Iqbal.
Pada m-73, Mohd Iqbal sekali lagi dipaksa bekerja keras dipintu golnya apabila terpaksa melayangkan badan untuk menepis keluar rembatan kencang Mohd Izuan Salahuddin dari luar kotak penalti.
Seminit kemudian, sepakan penjuru melencong oleh Muhd Badhri pula turut memaksa Mohd Iqbal melayangkan badan sekali lagi bagi menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.
Disebalik kebangkitan mendadak barisan pemain Kelantan untuk terus menambahkan jaringan, muncul Rudie Ramli sebagai penyelamat maruah pasukannya daripada terus diaibkan dengan kekalahan keempat kepada Kelantan sepanjang musim ini.
Pada m-78, berpunca hantaran lintang ke dalam kotak penalti oleh Mohd Amri, Rudie pantas menampan kemas sebelum merembat dekat untuk menghasilkan gol penyamaan bagi Selangor dalam perlawanan malam tadi.
Pada m-82, Muhd Badhri sekali lagi gagal menambahkan jaringan bagi Kelantan apabila rembatan leretnya hanya melintasi pintu gol Selangor biarpun Mohd Nizab cuba menampan rembatan tersebut.
Minit-minit akhir perlawanan, Mohd Iqbal sekali lagi beraksi cemerlang dipintu golnya apabila menafikan rembatan kencang Mohd Nurul Azwan untuk memastikan kedua-dua pasukan sekadar terikat seri 1-1 dalam perlawanan malam tadi.

Sunday, April 17, 2011

Kejohanan Sepak Takraw MSSD K.Langat 2011

SMKTPG menjadi Juara dalam kategori Regu Bukan Melayu Kejohanan Sepak takraw MSSD Kuala Langat 2011 dan Hemaraj merupakan pemain terbaik. Tahniah !
Medal yang diperolehi oleh regu Bukan Melayu
Cikgu Radi memerhati anak buahnya bermain takraw dengan penuh semangat
Mencari strategi untuk mengalahkan lawan
Lipatan maut dari khairuddin merupakan killer dari regu smktpg c. Regu ini hanya mara ke suku akhir. Begitu juga regu bawah 15 tahun.

Keputusan penuh:

Bawah 18 tahun:

Johan - SMK Batu Laut

N.Johan - SAMUS

Bawah 15 Tahun :

Johan - SMK Sijangkang Jaya

N.Johan - SMK Sungai Manggis

Regu Bukan Melayu

Johan - SMK Telok Panglima Garang

N.Johan- SMK SAS

Sunday, April 10, 2011

Kelantan Membelasah Felda United

KELANTAN 6


Mohd Shakir Shaari (m-33) Norshahrul Idlan Talaha (m-40) Mohd Nizab Ayub (m-60, 71)Danial Fadzly Abdullah (m-82) Mohd Izuan Salahuddin (m-89)


KL FELDA UNITED FC 0


KOTA BHARU – Kelantan kembali merampas kedudukan selaku pendahulu liga setelah berpesta gol membelasah KL Felda United FC 6-0 dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi. Lebih manis lagi, kemenangan bergaya Kelantan malam tadi turut dibantu dengan kekalahan mengejut 0-2 Selangor kepada T-Team di Shah Alam sementara rekod tanpa kalah Perak dalam sepuluh perlawanan akhirnya lebur setelah kecundang 1-2 kepada Sabah di Kota Kinabalu. Beraksi dihadapan hampir 18,000 penyokong setia The Red Warriors, ternyata anak buah Datuk M Karathu mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk kembali memimpin carta liga menerusi kemenangan terbesar pernah dicatatkan sejak sepuluh perlawanan lalu. Seawal minit pertama, The Red Warriors yang turun tanpa perancang utama, Muhd Badhri Radzi menghadirkan ancaman berbahaya menerusi hantaran lintang mengelirukan oleh Solehin Kanasian Abdullah yang menyaksikan pemain pertahanan, Azi Shahril Azmi terpaksa mengeluarkan bola daripada kawasan merbahaya didepan pintu gol pasukannya. Kelantan nyaris memperolehi gol pertama menerusi S Chanturu pada m-16 namun rembatannya terus ke dakapan Mohammad Faizal Abdul Rashid setelah rembatan susulan Mohd Daudsu Jamaluddin sebelum itu tertampan pertahanan lawan. Pada m-29, giliran Danial Fadzly Abdullah pula hampir meletakkan Kelantan didepan namun rembatannya daripada jarak 35 meter sedikit melewati pintu gol biarpun penjaga gol pasukan pelawat, Mohammad Faizal sudah terkeluar daripada posisinya.


Seterusnya



Kesebelasan utama pemain :


KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Danial Fadzly Abdullah, Shakir Shaari (Khairan Eruan Razali), Solehin Kanasian Abdullah, Norshahrul Idlan Talaha (KP)(Mohd Nizab Ayub) dan S Chanturu (Mohd Izuan Salahuddin).


FORMASI : 4-4-2


KL FELDA UNITED FC : Mohammad Faizal Abdul Rashid, Abdul Ghani Abdul Rahman, Rames Lai Ban Huat, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (KP), Mohd Nizam Abu Bakar, Mohd Badrul Azam Zamri (Md Hasmarul Fadzir Hassan), Azi Shahril Azmi, Mohd Syazwan Zainol (Mohd Nizaruddin Yusof), Liew Kit Kong, Mohd Azrul Ahmad (K Rajan) dan Farderin Kadir.


FORMASI :4 - 4 - 2

Sunday, February 27, 2011

Kejohanan Olahraga 2011 kali ke-30

Pasukan Hijau membuat persediaan untuk acara perbarisan
Rumah Merah sedang berjalan dalam acara perbarisan..maskot CiLi Api
Tersenyum....Acara perbarisan
Berbasikal untuk membawa misi pasukan dengan membawa buah durian sebagai maskot
Maskot Rumah Ungu...selaku Juara acara Perbarisan kejohan Olahraga SMKTPG 2011

Tuesday, February 15, 2011

Keputusan Liga Malaysia 2011

Perlawanan keempat

Negeri sembilan (0) - Felda United (1)
Kuala Lumpur (0) - Kelantan (2)
Selangor (3) - Trengganu (2)
Sabah (0) - Johor FC (1)
Harimau Muda (1) - Perlis (1)
Kedah (0) - Perak (0)
Pahang (1) - T-Team (0)

KOTA BHARU – Kelantan terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga apabila membenam cabaran Kuala Lumpur dengan kemenangan 2-0 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.
Dua gol masing-masing menerusi Muhammad Ramzul Zahini Adenan pada awal dan akhir babak kedua sudah cukup untuk membolehkan skuad kendalian Datuk M Karathu terus mengungguli takhta liga sepanjang minggu ini dengan 10 mata.
Beraksi dihadapan hampir 18,000 penyokong setia, Kelantan yang turut sebagai pasukan pelawat dalam perlawanan malam tadi walaubagaimanapun menghadapi kesukaran untuk menembusi pintu gol Kuala Lumpur sepanjang separuh masa pertama berlangsung.
Gerakan yang serba tidak menjadi disamping kekebalan benteng pertahanan Kuala Lumpur menahan asakan pemain Kelantan membuatkan pemain Kelantan seolah-olah hilang punca untuk mencipta peluang menarik didepan pintu gol Kuala Lumpur.
Seawal minit pertama, Kelantan yang melakukan sepak mula terlebih dahulu menguji pintu gol Kuala Lumpur menerusi percubaan menarik Norshahrul Idlan Talaha hasil hantaran Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi namun rembatannya ditepis keluar Norazlan Razali.
Pada m-9, penyerang Kelantan, Muhammad Ramzul Zahini Adenan mensia-siakan peluang terhidang apabila gagal menyambut bola setelah menerima hantaran lintang Muhd Badhri dari sebelah kanan pintu gol Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur yang mempertaruhkan gandingan penyerang muda, Muhammad Afiq Azmi dan Azwan Abd Malek dibahagian serangan turut mempunyai peluang pada m-15, namun percubaan Muhammad Afiq dipatahkan oleh pemain pertahanan Kelantan, Mohd Farisham Ismail.
Pemain sayap kiri Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya mempunyai peluang terbaik pada m-21 apabila berjaya membawa masuk bola ke dalam kotak penalti tetapi rembatan kencangnya sedikit melepasi palang gol Kuala Lumpur.
Selang enam minit kemudian, Norshahrul Idlan turut mempunyai peluang terbaik apabila menyambut baik hantaran pendek Muhd Badhri dengan mendada bola dan sempat melakukan ‘turning’ sebelum melepaskan sepakan kencang namun diselamatkan sekali lagi Norazlan.
Kuala Lumpur yang melakukan sekali sekala serangan sekali lagi mempunyai peluang pada m-39 untuk memecahkan kebuntuan menerusi percubaan Norismaidham Ismail tetapi ditepis keluar Khairul Fahmi Che Mat.
Tempoh lima minit terakhir separuh masa pertama jelas memihak pasukan Kuala Lumpur menerusi asakan bertali arus pemain mereka memaksa Khairul Fahmi bekerja keras menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi.
Percubaan Fahrul Razi Kamaruddin pada m-40 ditepis keluar Khairul Fahmi manakala rembatan Muhammad Afiq seminit selepas itu juga menyaksikan kewibawaan Khairul Fahmi sekali lagi diuji dengan layangan badannya untuk menepis keluar rembatan tersebut.
Begitu pun, gol yang ditunggu-tunggu oleh pasukan Kelantan akhirnya tiba sebaik sahaja separuh masa kedua disambung. Penyerang, Muhammad Ramzul Zahini mudah menjaringkan gol hasil kesilapan pemain pertahanan Kuala Lumpur, Ahmad Dashila Tajudin yang gagal mengeluarkan bola daripada pintu golnya setelah berlaku salah faham antara dia dengan penjaga Norazlan.
Tempoh 45 minit separuh masa kedua jelas didominasi sepenuhnya pasukan Kelantan apabila deretan peluang demi peluang terhidang namun ketangkasan Norazlan dipintu gol Kuala Lumpur menafikan hajat The Red Warriors untuk mencipta kemenangan besar.
Pada m-54, Norshahrul Idlan sekali lagi kempunan untuk menambahkan koleksi gol untuk Kelantan apabila rembatannya sedikit tersasar disebelah kiri pintu gol Kuala Lumpur. Sementara pada m-57, rembatan Mohd Nurul Azwan pula dihalang pemain pertahanan Kuala Lumpur setelah dia menerima umpanan cantik daripada Mohd Nizab Ayub.
Pada m-64, Kelantan hampir memperolehi gol kedua mereka apabila apabila hantaran lintang Mohd Nurul Azwan disudahi dengan rembatan kencang Muhammad Ramzul Zahini namun terkena tiang gol sebelah kanan biarpun Norazlan sudah pun tertewas.
Seminit selepas itu Muhammad Ramzul sekali lagi kempunan untuk menjaringkan gol apabila tandukannya mudah diselamatkan Norazlan didepan pintu gol Kuala Lumpur. Sementara itu percubaan Mohd Nizab pada m-68 pula jauh melewati pintu gol Kuala Lumpur.
Tidak banyak percubaan merbahaya yang dilakukan oleh Kuala Lumpur dalam perlawanan malam tadi. Biarpun percaturan penolong jurulatihnya, Tan Siew Seng memasukkan Farouk Hashim dan Mohd Badrul Hisham Azmi pada pertengahan babak kedua namun itu tidak banyak membantu jentera serangan mereka.
Satu-satunya peluang terbaik mereka hadir pada m-76 menerusi sepakan percuma Norismaidham Ismail namun terus ke dakapan kemas Khairul Fahmi.
Gol kedua Kelantan hadir pada m-87 perlawanan apabila Norshahrul Idlan yang menerima umpanan silang Mohd Nurul Azwan mudah memperdayakan pemain pertahanan Kuala Lumpur sebelum merembat kencang di dalam kotak penalti menewaskan Norazlan buat kali kedua untuk melengkapkan aksi cemerlang Kelantan kekal tanpa kalah dalam empat perlawanan setakat in.

Sunday, February 13, 2011

Keputusan Terkini Liga Malaysia

12 feb 2011 (perlawanan ketiga.)

Sabah (1) - Kedah (0)
Selangor (1) - Kuala Lumpur (1)
Kelantan (4) - Johor FC (1)
Harimau M (3) - T-Team (1)
Felda uni (2) - Pahang (1)
Perak (2) - N.Sembilan (0)
Perlis (1) - Trengganu (3)


Keputusan epl dan liga perdana malaysia
sila

klik sini

Giliran Kelantan pimpin liga super

Kelantan pimpin Liga
KAPTEN Kelantan, Badri Radzi (kiri) melepaskan sepakan ke arah pintu gol Johor FC pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, malam tadi.
KELANTAN mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan ketika menewaskan Johor FC 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam tadi.
Kejayaan tersebut menyaksikan skuad kendalian M. Karathu itu merampas status pendahulu daripada Negeri Sembilan yang tumpas 0-2 kepada Perak dalam satu lagi perlawanan di Stadium Ipoh.
Begitupun, Kelantan terlebih dahulu dikejutkan Johor FC apabila ketinggalan 0-1 pada minit ke-25 hasil jaringan Mohd. Riduan Ma'on.
Tersentak dengan jaringan tersebut, The Red Warriors terus bangkit dan memperoleh gol penyamaan pada minit ke-29 menerusi Nurul Azwan Roya dan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada babak kedua, tuan rumah menunjukkan kehebatan sebenar apabila meledak tiga gol lagi menerusi jaringan sendiri pemain Johor FC, Mohd. Riduan Ma'on pada minit ke-50 sebelum penyerang skuad negara, Norshahrul Idlan Talaha manambah gol ketiga pada minit ke-72 dan Nizad Ayub melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-77.
Kemenangan ini menyaksikan Kelantan terikat tujuh mata dengan Perak, namun mempunyai kelebihan menerusi perbezaan gol.
Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tuan rumah, Pahang tersungkur 1-2 kepada Felda United.
Gol Felda United dijaringkan oleh Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti pada minit ke-47 dan sepakan percuma Faderin Kadir (minit ke-59) sementara gol Pahang pula dijaringkan oleh Azamuddin Mohd. Akil pada minit ke-77.
Di Stadium Shah Alam, juara bertahan, Selangor terus gagal mencatat kemenangan kedua apabila diikat oleh Kuala Lumpur 1-1.
Perlawanan lain semalam menyaksikan Harimau Muda A menewaskan T-Team 3-1 sementara Sabah menewaskan Kedah 1-0.

Tuesday, February 8, 2011

Jadual Latihan Rumah Sukan 2011

Sesi Petang

Waktu : 7.30 am - 10.00 am

sesi pagi

Waktu : 3.00 pm - 5.30 pm



8 Feb 2011 (Selasa)

Rumah Biru

9 Feb 2011 (Rabu)

Rumah Kuning

10 Feb 2011 (Khamis)

Rumah Merah

11 Feb 2011 (Jumaat)

Rumah Hijau

14 Feb 2011 (Isnin)

Rumah Ungu

16 Feb 2011 (Rabu)

Rumah Biru dan Kuning

17 Feb 2011 (Khamis)

Rumah Merah, Hijau dan Ungu

Sunday, January 30, 2011

Kelantan Menjuarai Piala Sultan Hj Ahmad Shah

Tahniah Kelate! Kelantan buat pertama kalinya menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah tahun 2011 sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Selangor pulak gagal mencapai impian menjuarai piala ini buat kali ketiga berturut-turut. Sememangnya permainan malam ini memang best untuk kedua-dua pasukan Juara Piala Malaysia dan Juara Liga Super 2010.
Namun kemenangan nyata berpihak kepada Kelantan dengan jolokan The Red Warriors dengan jaringan penalti oleh penyerang profilik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-8 dan sepakan percuma yang cantik dari kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya pada minit ke-73.

Kelantan yang menguasai perlawanan minit-minit awal menyebabkan pasukan Selangor agak kelam-kabut dan seringkali dilihat tidak dapat mengawal bola dengan baik sehinggakan pemain Kelantan dapat merampas dan menyerang ke kubu pasukan Selangor. Pada minit ke-8, Nurul Azwan Roya yang merupakan bekas pemain Johor FC pada musim lepas dijatuhkan di dalam kotak penalti dan pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan kad kuning pertama dan menghadiahkan sepakan penalti kepada Kelantan. Norshahrul Idlan Talaha dengan baik menjaringkan gol pertama Kelantan dan pertama di dalam musim Liga Super 2011.

Selangor juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan percubaan-percubaan yang menarik. Gandingan Safee Sali dan Mohd Amirulhadi Zainal juga dilihat cuba memecah benteng pertahanan Kelantan yang ampuh iaitu Farisham, Daudsu. Selain dari kecekapan penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. Sepakan berbahaya juga dapat dihasilkan oleh Amri Yahyah dan Safee Sali. Penyerang Selangor, Fadzly Saari dilihat sentiasa berada di dalam offside untuk menjaringkan gol dan sememangnya pertahanan Kelantan bijak memerangkap penyerang Selangor untuk dalam keadaan offside.

Dato’ M.Karathu dan K.Devan pastinya mempunyai strategi masing-masing untuk separuh masa kedua. Nyata permainan pada separuh masa kedua tidak mengecewakan dan menghiburkan bagi kedua-dua penyokong Selangor mahupun Kelantan. Serangan demi serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Pada minit ke-73, Kelantan diberikan sepakan percuma di sebelah kanan gawang Selangor. Sepakan diambil oleh kapten Kelantan, Piya yang menyepak rendah dan padu ke arah pintu gol Selangor melepasi jangkauan penjaga golnya, Mohd Iqbal Suhaimi dan terus ke dalam jaring Selangor.

Perlawanan tamat dengan 2-0, Kelantan menang ke atas gergasi merah kuning. Kelantan kini adalah pasukan yang digeruni oleh pihak lawan dan sememangnya menjadi calon utama untuk menjuarai ASTRO Liga Super 2011 dan seterusnya layak ke Piala AFC tahun 2011.

Tamat permainan, Khairul Fahmi Che Mat diumum sebagai pemain terbaik perlawanan Piala Sumbangsih 2011. Kemenangan ini juga merupakan hadiah buat jurulatih Kelantan yang digantung selama 6 bulan oleh FAM, B.Sathianathan. Jurulatih baru Kelantan yang hanya sempat melatih Kelantan selama 2 hari, Dato’ M.Karathu berjaya membawa pulang piala sumbangsih ini ke bumi Kelantan. Pernah melatih Kelantan 18 tahun lepas selepas berjaya membawa Kelantan ke separuh akhir Piala Malaysia 1993 tetapi tewas kepada Kedah. Sekalung tahniah juga kepada pemain ke-12 Kelantan, iaitu penyokong-penyokong pasukan Kelatan The Red Warrior yang tidak putus-putus dan tidak berbelah bahagi. Tahniah! teruskan supaya kita dapat menjadi Juara Liga Super 2011!

Saturday, January 29, 2011

Suasana Sebelum dan Selepas Larian

Perhimpunan pengumuman pemenang merentas desa 2011 pelbagai kategori
Garisan permulaan bagi kategori perempuan bawah 18 tahun


Garisan permulaan bagi kategori lelaki bawah 14 tahun..cg nasir bersiap sedia


menanti keputusan dengan penuh keceriaan.. kalah menang adat pertandingan


sebelum pertandingan...pelajar-pelajar sedang menunggu arahan guru
KEPUTUSAN PENUH
JOHAN : RUMAH BIRU
NAIB JOHAN: RUMAH HIJAU
KETIGA : RUMAH KUNING
KEEMPAT : RUMAH UNGU
KELIMA : RUMAH MERAH




Thursday, January 27, 2011

Latihan dan Persiapan Merentas Desa

Cg Jamal dibantu Pelajar 2 Bestari menggantung Banner Merentas Desa esok

Tiga orang guru mengawasi pelajar di ladang kelapa sawit iaitu laluan Merentas Desa

Tayar kereta masuk lubang pulak.... Cg Jak dan Fazli berusaha untuk membetulkan keadaan


Lari..lari...kita lari....dari pagi...kita lari.... (Latihan Merentas Desa)




Latihan akhir Merentas Desa.. Pelajar-pelajar bersemangat datang berlatih


Sunday, December 12, 2010

Kelantan Juara Piala Emas Raja-Raja


Kelantan JUARA lagi..

Kelantan kini telah pun mengumpul 3 piala bola sepak di bumi Kelantan.Piala pertama yang dimenangi Kelantan apabila muncul Johan pertama Piala Muhibbah Dato'Seri Shahidan Kassim pada bulan April 2010 dan muncul Juara Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Kelantan baru-baru ini.

Kini Kelantan muncul pula sebagai juara Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70/2010 apabila menewaskan Kedah melalui penentuan penanti 4-3.

Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan 2010

Perlawanan Piala Emas Raja-Raja semalam, berlangsung di stadium Sultan Muhammad ke-IV dihadiri kira-kira 15ribu penyokong berkesudahan tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.

Rosairil

Dalam perlawanan tersebut ,Rosairil yang menyarung jersi nombor 5 di nobatkan ssebagai pemain terbaik dan Skuad Kelantan membawa pulang hadiah RM 30 ribu sebagai JUARA.


"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK Ado"

Monday, November 1, 2010

Suasana Sebelum Perlawanan





Kelate juara Piala Malaysia 2010

NEGERI SEMBILAN 1
Shahurain Abu Samah (pen m-14)

KELANTAN 2
Hairuddin Omar (m-57)
Muhd Badhri Radzi (m-65)

KUALA LUMPUR – Kelantan muncul juara Piala Malaysia edisi kali ke-84 setelah mengalahkan juara musim lalu, Negeri Sembilan dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Lebih manis, kejayaan muncul juara pertama kali itu merupakan hadiah istimewa sempena pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad Ke-V. Kejayaan malam tadi membolehkan nama Kelantan terpahat dalam senarai pemenang kali pertama dalam perebutan piala paling berprestij itu sejak ianya dipertandingkan pada tahun 1921.

Beraksi dihadapan hampir 90,000 penonton, dengan didominasi sokongan penyokong setia Merah Putih, The Red Warriors jelas membuktikan mengapa mereka tidak boleh digelar sebagai kuasa baru dalam arena bola sepak tempatan apabila mempamerkan aksi kelas yang tersendiri biarpun ketinggalan satu gol pada separuh masa yang pertama.

Sementara kekalahan malam tadi memaksa barisan pemain Negeri Sembilan menelan kepahitan gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya musim lalu apabila terpaksa merelakan piala tersebut untuk dibawa pulang ke bumi Negeri Cik Siti Wan Kembang buat pertama kali.

Dua gol dalam tempoh lapan minit pada awal babak kedua menerusi jaringan Hairuddin Omar dan Muhd Badhri Radzi akhirnya menjulang Kelantan sebagai juara baru Piala Malaysia edisi kali ke-84.

Seawal minit pertama, Kelantan terlebih dahulu menguji pintu gol Negeri Sembilan apabila sepakan percuma Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin dari sebelah kanan penjuru pintu gol ditanduk tinggi oleh Mohd Rizal Fahmid Abd Rosid melepasi palang gol Negeri Sembilan.

Selang seminit kemudian, Negeri Sembilan melakukan serangan balas menerusi lorongan bola Abdul Halim Zainal kepada rakan sepasukan namun Khairul Fahmi Che Mat bijak meluru keluar menyelamatkan situasi tersebut.

Pada m-7, Negeri Sembilan sekali lagi mempunyai peluang terbaik apabila hantaran lintang S Kunalan disambut Idris Abdul Karim tetapi tampanan kurang kemasnya mudah diselamatkan Khairul Fahmi.

Pada m-14, Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti setelah Khairul Fahmi menjatuhkan pemain Negeri Sembilan didalam kotak penalti dalam usahanya menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi. Penyerang, Shahurain Abu Samah yang mengambil sepakan tersebut mudah menewaskan Khairul Fahmi seterusnya menghasilkan gol pertama Negeri Sembilan.

Walaubagaimanapun, gol pendahuluan tersebut tidak mematahkan semangat pemain Kelantan. Pada m-29, Kelantan mempunyai peluang terbaik merapatkan jurang apabila Hairuddin Omar berjaya melepasi perangkap ofsaid namun penjaga gol, Mohd Sani Annuar Kamsani terlebih dahulu meluru keluar menyelamatkan bola.

Sebaliknya Negeri Sembilan lebih ghairah memburu jaringan apabila dilihat lebih banyak menjanakan corakan serangan melalui rangkaian penyerang muda, Shahurain Abu Samah dan Abdul Halim Zainal yang mendapat sokongan jentera tengah mereka.

Dua peluang terbaik Negeri Sembilan hadir pada m-30 dan 34 perlawanan menerusi percubaan jarak jauh Idris dan Kunalan yang menyaksikan ianya sekadar tersasar dan terus ke dakapan Khairul Fahmi.

Minit-minit akhir separuh masa pertama, Kelantan mempunyai tiga peluang terbaik merapatkan jurang menerusi percubaan Hairuddin, Indra Putra dan Mohd Norfarhan namun ketangkasan Mohd Sani Annuar menghampakan peluang tersebut.

Babak kedua, Kelantan seakan mendapat aura baru apabila menguasai hampir keseluruhan tempo permainan. Pada m-51, Hairuddin mempunyai peluang terbaik menjaringkan gol menerusi tandukan tetapi sempat ditampan keluar oleh pemain pertahanan Negeri Sembilan manakala rembatan susulan Muhd Badhri selepas itu sekadar melepasi palang.

Detik malang bagi Negeri Sembilan bermula enam minit kemudian. Bermula larian bola Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan pintu gol, beliau melakukan hantaran lintang kepada Hairuddin yang menanduk cantik ke penjuru sebelah kanan pintu gol menewaskan Mohd Sani Annuar.

Gol penyamaan tersebut ternyata membakar semangat juang pemain Kelantan sementara Negeri Sembilan terus tertekan selepas kehilangan bek kental mereka, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang terpaksa diusung keluar selepas itu kerana mengalam kecederaan.

Pada m-62, Negeri Sembilan sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan kali ini melalui menerusi percubaan Shahurain yang merembat kencang tetapi diselamatkan Khairul Fahmi.

Pada m-65, Stadium Nasional Bukit Jalil kembali bergema dengan sorakan 70,000 penyokong setia Kelantan apabila Muhd Badhri Radzi berjaya menjaringkan gol kemenangan Kelantan.

Kelalaian benteng pertahanan Negeri Sembilan sekali lagi terhukum apabila beliau yang menerima umpanan Mohd Norfarhan sebelum itu hanya memerlukan tiga langkah sahaja sebelum melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan Mohd Sani Annuar buat kali kedua.

Negeri Sembilan yang kian tertekan memasukkan penyerang muda, Mohd Shafik Abdul Rahman menggantikan Qhairil Anwar Roslani namun itu tidak cukup membantu mereka mencari gol penyamaan.

Dua percubaan terbaik mereka pada m-80 dan masa tambahan masing-masing menerusi Shahurain dan Idris menyaksikan Khairul Fahmi sekali lagi menjadi penghalang buat mereka dalam usaha mencari gol penyamaan.

Sementara itu, sepakan percuma Indra Putra pada m-85 sekadar tersasar ke sebelah kanan pintu gol Negeri Sembilan.

Tiupan wisel penamat pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh mengakhiri penantian Kelantan selama 89 tahun menjulang Piala Malaysia dan piala paling berprestij itu akan kekal disimpan di bumi negeri Cik Siti Wan Kembang buat pertama kalinya.

Sementara itu, penjaring gol pertama Kelantan dalam perlawanan malam tadi, Hairuddin Omar diumumkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir itu.

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin (Akmal Rizal Ahmad Rakhli), Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid, Zairul Fitree Ishak, Muhd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Mohd Norfarhan Muhammad, Hairuddin Omar dan Norshahrul Idlan Talaha (S Chanturu).

FORMASI : 4-4-2

NEGERI SEMBILAN : Mohd Sani Anuar Kamsani, Mohd Alif Samsudin, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (KP) (Mohd Firdaus Azizul), Mohd Shukor Adan, Tengku Qayyum Ubaidhillah Tengku Ahmad, Ching Hong Aik (Mohd Asyraf Mohd Al Japri), Qhairil Anwar Roslani (Mohd Shafik Abdul Rahman), S Kunalan, Idris Abdul Karim, Abdul Halim Zainal, dan Shahurain Abu Samah.
FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Negeri Sembilan (9) Kelantan (4)
Percubaan tersasar : Negeri Sembilan (3) Kelantan (4)
Sepakan sudut : Negeri Sembilan (2) Kelantan (11)
Sepakan percuma : Negeri Sembilan (17) Kelantan (18)
Offsaid : Negeri Sembilan (2) Kelantan (2)
Kekasaran : Negeri Sembilan (15) Kelantan (14)
Kad kuning : Negeri Sembilan (Mohd Shukor Adan, Mohd Firdaus Azizul, Mohd Alif Samsudin) Kelantan (Mohd Shakir Shaari)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tujuh minit
Penguasaan bola : Negeri Sembilan (45%) Kelantan (55%)

Lihat seterusnya

Sunday, October 24, 2010

Kelantan ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia




Alhamdullilah syukur jaringan pemusnah Norshahrul Idlan Talaha berjaya meranapkan segala impian penyokong Kedah dan pengurus pasukan Kedah yang penuh yakin dapat menumbangkan Kelantan. Kejayaan ini telah memadamkan segala sejarah buruk Kelantan di stadium Sultan Muhammad ke 4 setiap kali perlawanan penting dengan Kedah.

Perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan merupakan perlawanan idaman bagi penyokong Kelantan kerana mengganggap perlawanan ini akan dijadikan misi membalas dendam yang terluka pada tahun lalu.

Thursday, October 21, 2010

Kedah (0) - Kelantan (0)

ALOR SETAR – Naib juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan mencerahkan peluang untuk mara ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut setelah berjaya mengikat keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan tuan rumah, Kedah dalam perlawanan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.

Begitu pun, Kelantan perlu menunggu selama 90 minit lagi dalam perhitungan kedua di Kota Bharu pada Sabtu ini bagi mengesahkan secara rasmi bagi membolehkan layak beraksi dalam perlawanan akhir Piala Malaysia dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Turun dengan semangat melawan sebagaimana membenamkan juara Liga Super, Selangor dalam saingan suku akhir minggu lalu, pemain Kelantan beraksi dalam keadaan tertekan sepanjang 20 minit pertama perlawanan apabila tiga pemain utama mengalami kecederaan memaksa B Sathianathan melakukan perubahan taktikal.

Sebaliknya, barisan pemain Kedah gagal memanfaatkan peluang beraksi dihalaman sendiri dengan sokongan padu hampir 30,000 penyokong setia Hijau Kuning apabila tidak berupaya menjaringkan gol pada perlawanan malam tadi.

Seawal minit pertama, Kedah mula mengancam pintu gol Kelantan apabila Mohamad Faizal Abu Bakar berjaya melakukan hantaran lintang merbahaya namun dikeluarkan benteng pertahanan Kelantan.

Seminit kemudian, giliran pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar pula menguji penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat namun rembatan lemahnya sekadar melintasi pintu gol Kelantan.

Pada m-10, bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mendapat sentuhan pertamanya dengan menguji pintu gol tuan rumah namun rembatannya meliar setelah menerima umpanan daripada Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin.

Sementara sepakan percuma pemain tengah Kedah, Baddrol seminit selepas itu terus ke dakapan Khairul Fahmi menyaksikan pintu gol Kelantan terselamat daripada dibolosi.

Pada m-43, Mohamad Faizal sekali lagi melakukan percubaan namun percubaannya jauh tersasar manakala percubaan pemain tengah Kelantan, Muhd Badhri Radzi menerusi sepakan lambungnya minit-minit akhir perlawanan separuh masa pertama sedikit melepasi palang biarpun penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias berada diluar kedudukannya.

Babak kedua, Kedah merancakkan kembali permainan apabila menguasai perlawanan menerusi rangkaian penyerang Mohd Khyril Muhymeen Zamri dan Mohamad Faizal.

Namun, Kelantan pula menemui rentak perlawanan selepas itu apabila Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid mensia-sia peluang terbuka dengan menanduk liar sepakan sudut yang diambil Mohd Norfarhan Muhammad pada m-55.

Kelantan sekali lagi kempunan untuk mendapatkan gol pertama apabila kuisan Muhd Badhri pada m-61 hanya beberapa inci melepasi palang pintu gol pasukan tuan rumah. Sementara Indra Putra turut terlepas peluang untuk menjaringkan gol pada m-65 apabila tandukannya sedikit tersasar sebelah kiri pintu gol Kedah.

Indra Putra sekali meniti detik kehampaan untuk menjaringkan gol apabila tampanannya pada m-70 hasil hantaran silang Mohd Norfarhan diselamatkan dua kali oleh Mohd Helmi Eliza.

Sementara Kedah turut memperolehi peluang menjaringkan gol pada m-75 kali ini menerusi rembatan jarak jauh Fiqri Md Isa tetapi terus ke dakapan Khairul Fahmi.

Biarpun dilihat menguasai perlawanan sehingga wisel penamat, namun barisan pemain Kelantan gagal menterjemahkan dalam bentuk jaringan memaksa kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati seri tanpa jaringan sambil perhitungan 90 minit di Kota Bharu pada Sabtu ini bakal menentukan pasukan mana yang bakal layak ke pentas perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farisham Ismail, Azizi Matt Rose (S Subramaniam)(Mohd Daudsu Jamaluddin), Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid, Zairul Fitree Ishak, Muhd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Mohd Norfarhan Muhammad, Hairuddin Omar, dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Formasi : 4-5-1

KEDAH : Mohd Helmi Eliza Elias, Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin, Shafizan Hashim, Mohd Azmi Muslim (Muhd Aminuddin), Mohamad Rozaidi Abdul Rahim (Wan Arshraf Wan Ali), Fiqry Md Isa, Shahrulnizam Mustapa, Mohamad Faizal Abu Bakar, Ahmad Fauzi Shaari (KP) (Hatapon Bun Nan), Baddrol Bakhtiar, dan Mohd Khyril Muhymeen Zamri.

Formasi : 4-5-1

STATISTIK PERLAWANAN:

Percubaan tepat : Kedah (2) Kelantan (1)
Percubaan tersasar : Kedah (2) Kelantan (8)
Sepakan sudut : Kedah (2) Kelantan (7)
Sepakan percuma : Kedah (19) Kelantan (20)
Offsaid : Kedah (1) Kelantan (1)
Kekasaran : Kedah (19) Kelantan (17)
Kad kuning : Kedah (Shahrulnizam Mustapa) Kelantan (Indra Putra Mahayuddin)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tujuh minit
Penguasaan bola : Kedah (45%) Kelantan (55%)

PEGAWAI PERLAWANAN:

Pengadil : Yusuf Karim
Penolong Pengadil 1: Abdul Basith Hamid
Penolong Pengadil 2: Asmadi Noor

Saturday, August 7, 2010

Keputusan Undian Piala Malaysia 2010


KUMPULAN A

KELANTAN

NEGERI SEMBILAN

PLUS FC

SELANGOR PKNS


KUMPULAN B

TERENGGANU

PAHANG

KUALA LUMPUR

SABAH

KUMPULAN C

JOHOR FC

KEDAH

PERAK

ATM

KUMPULAN D

SELANGOR

TERENGGANU T-TEAM

PERLIS

FELDA UNITED FC

sila klik




Image