MULAKAN DENGAN

Kamus Percuma

kata atau frase:

kamus online: terjemah dari bahasa indonesia ke bahasa inggris atau sebaliknya, dan juga dari bahasa inggris ke bahasa inggris on-line.

Saturday, June 20, 2020

PADA SEKUNTUM MAWAR

TEMA :

Nasihat dan peringatan kepada anak-anak gadis akan peri pentingnya menjaga maruah diri.

Persoalan :

1) Perasaan sedih seorang ibu apabila maruah anak gadisnya tercemar.
2) Maruah gadis yang hilang menjadikan kehidupan seorang ibu gelap gelita.
3) Kesucian diri dapat dipelihara dengan penuh keimanan.

Bentuk:

*Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
*Bilangan baris setiap rangkap tidak sama.
*Terdapat antara dua hingga enam patah perkataan.
*Terdapat anatara enam hingga tiga belas suku kata dalam setiap baris.
*Rima akhir tidak sama setiap rangkap.

Nada :  Melankolik

Gaya Bahasa:

*Metafora - yang luruh dalam lipatan usia.
*Simile   -  seperti telah menutup.
*Personafikasi  -  Merenung pada malam yang kematian angin.
*Sinkope  -  pada kemanusiaan yang tak pernah dipinta.

Nilai :

*Kasih sayang - seorang ibu kasih akan anaknya.
*Rasional - Seorang gadis harus berfikir agar tidak melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan
                    maruah diri dan keluarga.
*Kesopanan - Seorang gadis perlu bersikap sopan santun.
*Keimanan - Melengkapkan iman dalam diri agar tidak melakukan perbuatan terkutuk.

Pengajaran:

*Kita perlulah menjaga maruah diri dan keluarga agar tidak tercemar.
*Kita hendaklah menjaga hati keluarga terutamanya ibu yang melahirkan kita.
*Kita mestilah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan kita.

Soalan :

https://forms.gle/HqyMmX9D1B7QBALq7


Tuesday, June 2, 2020

Produk Aloe Vera Forever Living


Selama lebih 30 tahun, FOREVER LIVING PRODUCTS telah memokuskan usahanya untuk mencari sumber-sumber semulajadi yang terbaik bagi kesihatan dan kecantikan yang dapat dikongsi bersama dengan dunia. Maka terbuktilah keupayaan alam semulajadi dalam membantu kita menjadi lebih sihat dan cantik.

Produk-produk penjagaan kulit FOREVER yang berasaskan Lidah Buaya adalah secara semulajadinya kaya dengan pelbagai pelembap yang membantu kulit anda mengekalkan imbangan lembapannya dan juga kelembutannya serta keanjalannya untuk menampilkan wajah yang muda berseri.

Lidah Buaya tulen yang  dimantapkan adalah ramuan utama dalam produk Lidah Buaya kami. Untuk memastikan anda hanya mendapatkan yang terbaik, hanya spesis Lidah Buaya yang paling mujarab iaitu Barbadensis Miller digunakan.

Semua produk-produk kecantikan kami adalah diperkuatkan dengan pelbagai ramuan berkualiti tinggi yang baik untuk kulit yang membantu melincir, merapi, menenang, menyubur, melindung, melembap, memulih dan memperbaharui kulit, untuk menampilkan kulit yang kelihatan lebih halus, lembut, cerah dan berseri.

Produk-produk Lidah Buaya kami yang secara semulajadinya bersifat menenangkan adalah sesuai untuk semua, termasuk mereka dengan kulit yang amat sensitif.

Saturday, May 23, 2020

SAJAK : KUCARI DAMAI DI SINI

TEMA:

Keharmonian hidup di tanah air yang merdeka.

PERSOALAN

*Kedamaian yang perlu dicari oleh seseorang
*Kasih sayang terhadap tanah air yang tercinta
*Negara aman dan harmoni.
*Kedamaian yang wujud hasil nilai-nilai hidup dalam sesebuah negara.

BENTUK

*Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
*Bilangan baris setiap rangkap tidak sama.
*Terdapat antara tiga hingga lapan patah kata dalam sebaris.
*Terdapat antara enam hingga lapan belas suku kata dalam setiap baris.
* Rima akhir tidak sama.

GAYA BAHASA
Unsur Bahasa:

Sinkope - Kucari damai di sini
Metafora - bersemarak di laman sukma
Hiperbola - membebat perasaan kehidupan.

NILAI

*Patriotisme
*Kasih sayang
*Kedamaian

PENGAJARAN

*Kita haruslah menghargai kemerdekaan tanah air.
*Kita mestilah menanam sikap cinta akan tanah air.
*Kita hendaklah berusaha menyelesaikan masalah dengan baik.

Sila klik latihan di bawah:

Latihan