MULAKAN DENGAN

Kamus Percuma

kata atau frase:

kamus online: terjemah dari bahasa indonesia ke bahasa inggris atau sebaliknya, dan juga dari bahasa inggris ke bahasa inggris on-line.

Saturday, June 20, 2020

PADA SEKUNTUM MAWAR

TEMA :

Nasihat dan peringatan kepada anak-anak gadis akan peri pentingnya menjaga maruah diri.

Persoalan :

1) Perasaan sedih seorang ibu apabila maruah anak gadisnya tercemar.
2) Maruah gadis yang hilang menjadikan kehidupan seorang ibu gelap gelita.
3) Kesucian diri dapat dipelihara dengan penuh keimanan.

Bentuk:

*Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
*Bilangan baris setiap rangkap tidak sama.
*Terdapat antara dua hingga enam patah perkataan.
*Terdapat anatara enam hingga tiga belas suku kata dalam setiap baris.
*Rima akhir tidak sama setiap rangkap.

Nada :  Melankolik

Gaya Bahasa:

*Metafora - yang luruh dalam lipatan usia.
*Simile   -  seperti telah menutup.
*Personafikasi  -  Merenung pada malam yang kematian angin.
*Sinkope  -  pada kemanusiaan yang tak pernah dipinta.

Nilai :

*Kasih sayang - seorang ibu kasih akan anaknya.
*Rasional - Seorang gadis harus berfikir agar tidak melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan
                    maruah diri dan keluarga.
*Kesopanan - Seorang gadis perlu bersikap sopan santun.
*Keimanan - Melengkapkan iman dalam diri agar tidak melakukan perbuatan terkutuk.

Pengajaran:

*Kita perlulah menjaga maruah diri dan keluarga agar tidak tercemar.
*Kita hendaklah menjaga hati keluarga terutamanya ibu yang melahirkan kita.
*Kita mestilah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan kita.

Soalan :

https://forms.gle/HqyMmX9D1B7QBALq7


Tuesday, June 2, 2020

Produk Aloe Vera Forever Living


Selama lebih 30 tahun, FOREVER LIVING PRODUCTS telah memokuskan usahanya untuk mencari sumber-sumber semulajadi yang terbaik bagi kesihatan dan kecantikan yang dapat dikongsi bersama dengan dunia. Maka terbuktilah keupayaan alam semulajadi dalam membantu kita menjadi lebih sihat dan cantik.

Produk-produk penjagaan kulit FOREVER yang berasaskan Lidah Buaya adalah secara semulajadinya kaya dengan pelbagai pelembap yang membantu kulit anda mengekalkan imbangan lembapannya dan juga kelembutannya serta keanjalannya untuk menampilkan wajah yang muda berseri.

Lidah Buaya tulen yang  dimantapkan adalah ramuan utama dalam produk Lidah Buaya kami. Untuk memastikan anda hanya mendapatkan yang terbaik, hanya spesis Lidah Buaya yang paling mujarab iaitu Barbadensis Miller digunakan.

Semua produk-produk kecantikan kami adalah diperkuatkan dengan pelbagai ramuan berkualiti tinggi yang baik untuk kulit yang membantu melincir, merapi, menenang, menyubur, melindung, melembap, memulih dan memperbaharui kulit, untuk menampilkan kulit yang kelihatan lebih halus, lembut, cerah dan berseri.

Produk-produk Lidah Buaya kami yang secara semulajadinya bersifat menenangkan adalah sesuai untuk semua, termasuk mereka dengan kulit yang amat sensitif.

Saturday, May 23, 2020

SAJAK : KUCARI DAMAI DI SINI

TEMA:

Keharmonian hidup di tanah air yang merdeka.

PERSOALAN

*Kedamaian yang perlu dicari oleh seseorang
*Kasih sayang terhadap tanah air yang tercinta
*Negara aman dan harmoni.
*Kedamaian yang wujud hasil nilai-nilai hidup dalam sesebuah negara.

BENTUK

*Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
*Bilangan baris setiap rangkap tidak sama.
*Terdapat antara tiga hingga lapan patah kata dalam sebaris.
*Terdapat antara enam hingga lapan belas suku kata dalam setiap baris.
* Rima akhir tidak sama.

GAYA BAHASA
Unsur Bahasa:

Sinkope - Kucari damai di sini
Metafora - bersemarak di laman sukma
Hiperbola - membebat perasaan kehidupan.

NILAI

*Patriotisme
*Kasih sayang
*Kedamaian

PENGAJARAN

*Kita haruslah menghargai kemerdekaan tanah air.
*Kita mestilah menanam sikap cinta akan tanah air.
*Kita hendaklah berusaha menyelesaikan masalah dengan baik.

Sila klik latihan di bawah:

Latihan

Wednesday, May 13, 2020

SAJAK ROTI

Tema :
Kesyukuran atas nikmat yang diperoleh.

Persoalan:
*Kelazatan makanan yang dimakan.
*WUjudnya kesedaran dalam hati terhadap golongan miskin yang kelaparan.
*Keinginan untuk membantu golongan miskin.
*Tanda kesyukuran dengan rezeki yang diperoleh.

Gaya Bahasa:
-----------------
Unsur bahasa:
Inversi - harum berbau juadah tersohor.
Simile - terhidang seumpama permaidani terhampar.
Metafora - percikan iman segar berwarna.
Hiperbola - nafsu makan pun bergelora.

Nilai :
*Kesabaran
*Kesyukuran.
*Baik hati
*Kesedaran

Pengajaran:
* Kita hendaklah bersabar apabila menunggu sesuatu.
* Kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan.
* Kita mestilah prihatin dengan golongan miskin yang kelaparan.
* Kita perlulah melatih diri menjadi seorang beriman.

Latihan:
https://forms.gle/93hfX6e8F7QM3oP88

Tuesday, April 28, 2020

PANTUN KASIH SAYANG

TEMA:

Luahan perasaan cinta dan kasih sayang terhadap seseorang.

Persoalan:
 1) Harapan seseorang untuk memiliki orang yang disukainya.
2) Luahan untuk orang yang dusukainya .
3) Sanggup menggunakan muslihat untuk memerhati gadis yang diminatinya.
4) Perpisahan yang berlaku disebabkan jarak yang jauh.

Bentuk:
* Terikat
* Pantun ini mempunyai lima rangkap
* Terdapat empat baris bagi setiap rangkap
* Terdapat antara tiga hingga enam patah perkataan dalam setiap baris.
* Terdapat sembilan hingga sepuluh suku kata dalam setiap baris.
* Rima akhir setiap rangkap abab kecuali rangkap keempat abcb

Gaya Bahasa
Unsur bahasa
Imej alam - buah mengkudu, kandis, anak udang, bulan, bintang,ayam dan ikan.
sinkope - Langit tinggi kupandang rendah.
peribahasa - Bulan dipagar bintang
personafikasi - anak udang meniti batang

Nilai:
* Kasih sayang
*Keikhlasan
*Rasional
*Kesetiaan

Pengajaran:
*Kita hendaklah saling menyayangi antara satu sama lain.
*Kita perlulah ikhlas dalam menjalinkan sesuatu hubungan.
*Kita mestilah bertindak secara rasional dalam melakukan sesuatu perkara.
*Kita perlulah setia dengan seseorang walaupun terpisah dek jarak yang jauh.
*Kita perlulah berfikiran positif dalm menempuh cabaran hidup.

SILA JAWAB GOOGLE FORM

https://forms.gle/FcDfrE51SxTf1DU26

Thursday, April 23, 2020

COVID-19 DI MALAYSIA (22 APRIL 2020)


TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA

SETAKAT JAM 12.00 T.HARI (22 APRIL 2020)

Wednesday, April 22, 2020

PANTUN NASIHAT

 TEMA:
Nasihat yang berguna untuk panduan hidup kepada masyarakat.

PERSOALAN:
*Pentingnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan.
*Perbuatan buruk akan membawa kemudaratan
*Kesedihan tidak boleh dibiarkan berpanjangan

PENGAJARAN:
*Kita hendaklah melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
*Kita janganlah melakukan perbuatan yang haram kerana akan membinasakan diri sendiri.
*Kita mestilah tabah semasa menghadapi masalah

Saturday, April 18, 2020

COVID-19

KES COVID DI MALAYSIA SETAKAT 12.00 T.H (17 APRIL 2020)

sila klik




Image