MULAKAN DENGAN

Kamus Percuma

kata atau frase:

kamus online: terjemah dari bahasa indonesia ke bahasa inggris atau sebaliknya, dan juga dari bahasa inggris ke bahasa inggris on-line.

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Hari ini 12.12.12 genaplah 17 tahun ayahku meninggalkanku. Tanggal 12.12.1995 aku mendapat berita kecemasan dari majikanku iaitu cikgu Karim. Pada masa tu tidak secanggih sekarang yang senang berhubung melalui sms, fb, twiter dan sebagainya. Aku terpaksa memberi nombor telefon rumah majikanku kepada keluargaku. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada cg Karim yg terpaksa memberitahu berita itu sejauh 30km ke tempat kerjaku di Kedaik Pahang. Beliau juga menghantarku ke Perhentian Bas di Muazzam Shah.

Terima kasih juga kepada cg Mahzan dan cg Fauzi yang menguruskan cutiku dan menenangkanku. Tidak lupa kawan2ku yang lain cg Yarafi, cg Nasir , cg Zali dan rakan-rakan setugasku yang lain. Jutaan terima kasih kepada makcik dan pakcikku...iaitu Cik Naimah dan ayh su yang banyak menguruskan hal kematian ini dan juga ahli -ahli keluarga yang lain... Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian..amin.

Bulan dec pada tahun 1995 merupakan bulan permulaan sesi persekolahan yang baru. Sekarang bulan dec merupakan cuti persekolahan.

Antara cucu-cucu Allahyarham Mukhtar b Mohd Zain yang tak sempat melihatnya.

AL -FATIHAH UNTUK ARWAH AYAHKU.....

No comments:

sila klik




Image