Lawak #1:
Lawak : Hakim Dan Gembala
Pada suatu hari ada seorang pengembala kambing telah dipanggil ke mahkamah sebagai saksi satu kejadianpembunuhan. Hakim pun memanggil pengembala tersebut berdiri di kandang saksi dan mula bertanyakansoalan-soalan tertentu kepadanya.
Hakim: Wahai Pemgembala Kambing, siapa yang bagi makan kambing kamu?
Pengembala: eeeerrrrr...Yang hitam ke yang putih tuan hakim?
Hakim: Yang putih?
Pengembala: Saya yang bagi makan tuan hakim.
Hakim: Yang hitam?
Pengembala: Saya juga yang bagi makan tuan hakim.
Hakim: Siapa yang perah susu kambing kamu?
Pengembala: eeerrrr..Yang putih ke yang hitam tuan hakim?
Hakim: Yang putih?
Pengembala: Saya yang perah tuan hakim.
Hakim: Yang hitam?
Pengembala: Saya juga yang perah tuan hakim.
Hakim: ????????
Hakim: Siapa yang sembelih kambing kamu?
Pengembala: Yang putih ke yang hitam tuan hakim?
Hakim (dengan meninggi suara): Saya peduli apa yang putih ke yang hitam, kerana dua dua jawapan kamu sama jugak.
Pengembala (juga dengan meninggi suara): Memang saya kena tanya yang putih ke yang hitam tuan hakim, sebab yang putih tu kambing saya, itu pun tak faham ke!
Hakim: Habis yang hitam tu sapa punya?
Pengembala: Yang hitam tu pun saya punya jugak tuan hakim, he he he, sorry.
No comments:
Post a Comment