MULAKAN DENGAN

Kamus Percuma

kata atau frase:

kamus online: terjemah dari bahasa indonesia ke bahasa inggris atau sebaliknya, dan juga dari bahasa inggris ke bahasa inggris on-line.

Tuesday, August 31, 2010

Nasi Dagang

Bahan-bahan:

450 gm beras nasi dagang
60 ml santan

Gulai ikan Tongkol (ikan aya)

200 gm ikan tongkol
150 gm santan
500 gm rempah kari ikan
(dibancuh dengan sedikit air)

50 gm serbuk kunyit
4 labu bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 batang serai (dikisar)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara Memasaknya:

Cuci beras dan kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk memasak ikan gulai ikan tongkol, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga berbau harum.
Masukkan serbuk kunyit, rempah kari dan tumis lagi sehingga pecah lemak.
Kemudian masukkan ikan, santan, garam dan gula. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
Sedia untuk dimakan bersama nasi dagang tadi>

Selamat Mencuba..bye

Sunday, August 29, 2010

Zidane Agih Juadah Berbuka Puasa

Zidane agihkan juadah puasa dipinggir kota Paris

Bekas pemain bolasepak terkenal , Zinadine Zidane yang juga seorang muslim membahagi-bahagikan makanan buka puasa kepada orang ramai di pinggir kota Paris.

TV5 Monde melaporkan, Zidane, legenda Perancis, melakukan rutin tahunan nya setiap bulan Ramadhan dengan membahagi-bahagikan makanan dan minuman buka puasa kepada para pejalan disekitar kota Paris itu. Perbuatan terpuji itu dilakukan bintang sepakbola dunia pada setiap Bulan Ramadhan yang juga disokong oleh penduduk setempat.

Zaidan yang kini berumur 38 tahun sengaja melakukan pembahagian makanan dan minuman saat buka puasa untuk mengenalkan tradisi muslim yang selalu menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Selain itu, Zidane juga bermaksud mengenalkan manafaat besar dari ibadah puasa selama sebulan penuh pada bulan Ramadhan. - mengejar cahaya/IRIB

layari sepenuhnya : sila klik

Tuesday, August 24, 2010

GS Focus

Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Adakah anak-anak anda menghadapi masalah mengantuk, pelupa, lalai, kuat berangan angan, kerap buntu fikiran, malas, lemah berfikir gugup, mudah letih, malas bangun pagi atau menghadapi tekanan perasaan? GS-Focus boleh mengatasi masalah tersebut dan merangsang pemikiran anak anak anda dan orang dewasa bagi memudahkan mereka menghadapi tekanan pekerjaan atau kehidupan.

Ia sesuai juga bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah down syndrome dan hyperactive.

GS-Focus dirumus bagi meningkatkan ketajaman fikiran, meningkatkan IQ (intelligent Quotient) dan EQ (Emotional Quotient) dan membolehkan pelajar pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang diluar dugaan ibubapa sebagaimana yang telah dibuktikan melalui beberapa kes sebenar.KHASIAT:

Calcarea Phosphoricum

Bagi orang yang lemah otak dan ingatan, tidak dapat membetulkan jalan fikiran, fikiran merayau-rayau dan kuat berangan-angan.Bagi yang pelupa, cepat marah, rungsing atau panas baran.

Kalium Phosphoricum

Bagi orang yang dilanda kesusahan dan penderitaan yang penuh sugul, susah hati, bimbang, cemas dan dukacita.

Bagi orang yang mengalami kepenatan yang keterlaluan dan murung dan tidak bermaya.

Bagi orang yang sangat gelisah, mudah marah, hysteria dan kerap melakukan aktiviti yang memenatkan otak.

Orang yang mengalami masalah mengigau, hilang ingatan, kecewa, putus asa, malu tidak bertempat dan tidak gemar bercakap.

Magnesium Phosphoricum

Bagi yang sentiasa mengeluh atau meratapi mengenai penyakit

Tidak berupaya untuk berfikir dengan jelas.

Lecithin dan Choline

Menambahkan jumlah sel darah merah dan hemoglobin
Bagi yang mengalami kepenatan otak, tidak bermaya, lemah, letih, pelupa, muram dan keliru.

Hubungiku : 010-3123098
layari : klik

Friday, August 20, 2010

Kelabihan Bulan Ramadhan

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

Friday, August 13, 2010

Nasi Kerabu

Bahan-Bahan:

2 cawan beras
750 ml air
sedikit pewarna biru

Bahan sambal:
1 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang merah
1/2 biji kelapa parut (digoreng sedikit)
1 ekor ikan kembung bakar
Sedikit garam dan gula

Bahan Ulam:
Sedikit taugeh
Sedikit timun (dihiris halus memanjang)
Sedikit kacang panjang (dihiris halus)
Sedikit daun kunyit (dihiris halus)
Sedikit kubis (dihiris halus)
Sedikit daun kesum (dihiris halus)
Sedikit bawang besar (dihiris halus)

Bahan tumis:
3 sudu besar cli kering kisar
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 1/2 inci halia
250 ml santan
2 batang serai (diketuk)
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
1 keping asam keping

Cara memasak:
Beras dibersihkan, kemudian ditanak hingga dimasak dengan air secukupnya.Titiskan sedikit pewarna biru untuk mendapatkan warna biru pada nasi.

Untuk membuat sambal kelapa, panggang ikan kembung dan ambil isinya. Isi ikan ditumbuk hingga lumat bersama lada hitam, bawang merah dan kelapa parut. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Setelah itu, gorengkan tanpa minyak hingga kering, kemudian ketepikan.

Mmbuat kuah tumis, kisar semua bahan tumis. Kemudian masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumiskan bahan yang telah dikisar itu. Masukkan santan, serai, gula merah, asam keping dan garam. Kacau selalu dalam api perlahan sehingga menggelegak. Gaulkan nasi bersama bahan ulam serta sambal kelapa ketika disajikan

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, August 11, 2010

Fadhilat Terawih

FADHILAT TARAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar


Saturday, August 7, 2010

Keputusan Undian Piala Malaysia 2010


KUMPULAN A

KELANTAN

NEGERI SEMBILAN

PLUS FC

SELANGOR PKNS


KUMPULAN B

TERENGGANU

PAHANG

KUALA LUMPUR

SABAH

KUMPULAN C

JOHOR FC

KEDAH

PERAK

ATM

KUMPULAN D

SELANGOR

TERENGGANU T-TEAM

PERLIS

FELDA UNITED FC

Wednesday, August 4, 2010

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Syaaban

Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda baginda yang maksudnya, " Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak"

Antara kelebihan di bulan Syaaban :
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
carilah keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini...

wallahua'lam....

sumber:diari islamiah

sila klik




Image